Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

Mohd Afzanizam berkata, mungkin hari ini, pergerakan harga semasa dolar AS dan ringgit atau USD/MYR boleh berlegar antara 3.92 dan 3.94. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu dalam persekitaran pandangan berbeza dalam kalangan pegawai Rizab Persekutuan (Fed) AS mengenai kadar faedah.
Ringkasan AI
- Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS pada Rabu, dipengaruhi oleh pandangan berbeza pegawai Rizab Persekutuan (Fed) AS mengenai kadar faedah.
- Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd menyatakan Fed AS perlu menurunkan kadar faedah untuk menyokong ekonomi, sementara presiden Federal Reserve Bank of Richmond mencadangkan pemotongan insurans bagi mencegah kelemahan pasaran buruh.
- Ringgit mengekalkan trend kenaikan berbanding dolar AS, dengan ramalan pergerakan harga pada julat 3.92 hingga 3.94, sementara ia diniagakan rendah berbanding beberapa mata wang utama.
Sementara itu, beliau berkata presiden Federal Reserve Bank of Richmond, Tom Barkin mencadangkan bahawa kadar faedah tahun lepas adalah pemotongan insurans (langkah perlindungan) untuk mencegah kelemahan selanjutnya dalam pasaran buruh.
Pada 28 Januari, Fed AS memutuskan untuk menangguhkan penurunan kadar faedah pada mesyuarat pertamanya pada 2026, mengekalkan kadar dana persekutuan (FFR) stabil dalam julat 3.50-3.75 peratus.
Mohd Afzanizam semalam berkata ringgit mengekalkan trend menaiknya berbanding dolar AS pada penutupan, dan ia nampaknya akan meneruskan trajektori menaiknya dengan sokongan segera pada RM3.8722.
"Mungkin hari ini, pergerakan harga semasa dolar AS dan ringgit atau USD/MYR boleh berlegar antara 3.92 hingga 3.94," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Unit tempatan naik berbanding yen Jepun kepada 2.5189/5262 daripada 2.5210/5253 ketika ditutup pada Selasa, bagaimanapun susut berbanding euro kepada 4.6370/6500 daripada 4.6341/6417 dan merosot berbanding pound Britain kepada 5.3749/3900 daripada 5.3704/3793.
Ringgit didagangkan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang ASEAN.
Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0898/0990 daripada 3.0919/0973, meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.3942/4376 daripada 12.4584/4845 dan melonjak berbanding rupiah Indonesia kepada 234.2/235.0 daripada 234.5/235.0 sebelumnya.
Bagaimanapun, ia merosot berbanding peso Filipina kepada 6.71/6.73 daripada 6.66/6.68 pada Selasa.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


