awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JAIS siasat pengendali akaun Facebook Masjid Bandar Tasik Puteri
Bawa anak terlibat dadah jumpa AADK, jangan malu - MCPF
Usaha AS banteras dadah melalui jalan darat akan bermula - Trump
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit paling kukuh berbanding dolar AS di Asia - Rafizi

Sinar Harian
Sinar Harian
06/08/2024
06:00 MYT
Ringgit paling kukuh berbanding dolar AS di Asia - Rafizi
Rafizi Ramli (kiri), Ringgit mengatasi mata wang utama dan serantau berbanding dolar AS.
SHAH ALAM: Ringgit adalah satu-satunya mata wang di Asia yang telah mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) setakat ini, dengan pengukuhan sebanyak 2.16 peratus.
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, mata wang tempatan juga mengatasi prestasi dolar AS selama 10 hari berturut-turut, iaitu prestasi terbaik dalam 14 tahun.
Malah katanya, prestasi ringgit juga mengatasi beberapa mata wang utama antarabangsa seperti pound British, RMB China dan Euro.
“Beberapa perkembangan terkini ekonomi negara termasuk naratif ekonomi yang meyakinkan, pelaburan asing makin meningkat, komitmen pengukuhan fiskal dan pertumbuhan ekonomi Malaysia diunjur berkembang 5.8 peratus pada suku kedua 2024 mendorong mata wang ringgit sedang menunjukkan tanda-tanda pengukuhan mendadak.
“Hal ini membuktikan bahawa hala tuju dasar kerajaan sedang berhasil dan mula menarik perhatian dan keyakinan pelabur semula.
“Komitmen Kerajaan Perpaduan terhadap pembaharuan fiskal yang sukar dan perancangan ekonomi yang komprehensif telah menghasilkan satu naratif pertumbuhan ekonomi baharu,” katanya dalam hantaran di aplikasi X pada Selasa.
Tambah Rafizi, bergerak ke hadapan, pihaknya menjangkakan pemotongan kadar faedah pertama di AS yang boleh berlaku seawal pertengahan September akan terus mengukuhkan lagi kedudukan ringgit.
Jelasnya, walaupun terdapat kata sepakat dalam kalangan firma penyelidikan bahawa ringgit akan terus mengukuh, tumpuannya kekal pada pelaksanaan dasar yang telah dirancang secara berkesan.
“Ekonomi dunia akan terus bergolak dalam masa terdekat yang akan terus mempengaruhi turun naik ringgit.
“Nilai ringgit hanya akan dapat dipertahankan daripada ketidaktentuan global ini sekiranya ekonomi negara distrukturkan ke arah berteknologi tinggi untuk memastikan pertumbuhan ekonomi yang mampan,” ujarnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#nilai ringgit
#ekonomi malaysia
#Rafizi Ramli
#dolar AS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan