awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Model baharu jam tangan mewah ciri-ciri bilionair India, Mukesh Ambani dianggar bernilai AS$1.5 juta
36 pusat mengundi PRK Kinabatangan, Lamag dibuka 7.30 pagi ini
Jojo lawan 'bidan terjun' di ONE Friday Fights 141
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarawak kaji model Scotland-UK untuk rangka mekanisme agihan hasil karbon

Bernama
Bernama
03/05/2025
03:40 MYT
Sarawak kaji model Scotland-UK untuk rangka mekanisme agihan hasil karbon
Kerajaan Sarawak sedang meneliti model hubungan antara Scotland dan United Kingdom sebagai rujukan dalam merangka mekanisme pengagihan hasil levi karbon antara kerajaan negeri dan Persekutuan, kata Abang Johari (dua, kanan). - Gambar ihsan UKAS
KUCHING: Kerajaan Sarawak sedang meneliti model hubungan antara Scotland dan United Kingdom (UK) sebagai rujukan dalam merangka mekanisme pengagihan hasil levi karbon serta kuasa pengawalseliaan antara kerajaan negeri dan Persekutuan.
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, perkara itu penting bagi memastikan Sarawak memperoleh pulangan yang adil daripada sumber asli negeri, termasuk dalam sektor baharu seperti sistem pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS) yang dibangunkan di negeri itu.
"Persoalan utama ialah bagaimana levi karbon diagih antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri," katanya menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) di London pada Jumaat.
Menurut Abang Johari, Sarawak kini berada di barisan hadapan dalam membangunkan industri karbon mampan menerusi pelaksanaan undang-undang pengurangan pelepasan gas rumah hijau yang pertama seumpamanya di Malaysia.
Beliau berkata, Sarawak juga tidak mahu menjadi pengeksport bahan mentah semata-mata dalam menguruskan sumber aslinya dan sebaliknya mahu mewujudkan rantaian nilai lengkap daripada peringkat huluan hingga hiliran.
Bagi mencapai matlamat ini, katanya, Sarawak menjalinkan kerjasama dengan agensi antarabangsa dan pelabur yang memiliki kepakaran serta teknologi seperti dari Korea Selatan, Jepun dan China.
Selain itu, Sarawak juga terus meninjau potensi kerjasama dengan negara-negara Eropah bagi meluaskan rangkaian pelaburan yang seimbang di peringkat global.
"Kita ingin mengaktifkan dasar dan aktiviti ekonomi berasaskan kekuatan kita sendiri dan saya yakin pendekatan ini sedang membuahkan hasil," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sarawak
#model Scotland-UK
#agih hasil karbon
#sumber asli negeri
#Abang Johari Tun Openg
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan