KUALA LUMPUR: Prospek sektor sarung tangan getah suram meskipun ia pernah menjadi industri paling menguntungkan apabila tercetusnya pandemik COVID-19 di seluruh dunia.
Berikutan prospeknya yang kurang daya tarikan lagi, Maybank Investment Bank (IB) Research menyemak turun penarafan bagi sektor tersebut kepada 'negatif' berbanding 'neutral' sebelum ini.
Malah, penarafan bagi saham syarikat pengeluar sarung tangan getah, Hartalega Holdings Bhd. dan Kossan Rubber Industries Bhd. juga disemak turun kepada 'jual' berbanding 'pegang' sebelum ini.
Tetapi, firma itu mengekalkan saranan 'jual' bagi saham Top Glove Corp Bhd.
"Kami kini menilai pemain industri ini pada -1 bagi standard piawaian (SD) berbanding -0.5 SD sebelum ini.
"Ia juga mencerminkan persaingan daripada pengeluar sarung tangan getah dari China semakin meningkat sekali gus memberi risiko penurunan kepada ASP," katanya dalam nota kajian pada Isnin.
Maybank IB berkata, semakan penarafan bagi Hartalega dan Kossan dibuat setelah mengambil kira perubahan dalam asas penilaian (bagi Kossan) dan anggaran ASP lebih rendah (bagi tahun kewangan 2022 : -45%, 2023 : -21%) yang membawa kepada penurunan antara-1% hingga -76% bagi unjuran pendapatan.
"Bagaimanapun, apa yang positifnya, syarikat pengeluar sarung tangan getah tersenarai mempunyai imbangan tunai yang kukuh dan kos operasi rendah, sekali gus membolehkan mereka boleh bertahan dalam melalui fasa yang kompetitif ini," jelasnya.
ASP bagi sarung tangan getah menurun dengan mendadak dan boleh mencecah paras sebelum pandemik menjelang pertengahan 2022, merosot 42% daripada paras ketika ini.
Sejak Mei hingga Jun tahun ini, pemain industri menunjukan prospek ASP yang lebih lemah. Ia dijangka menyusut antara 8 hingga 10% bagi bulan ke bulan dan kembali ke paras sebelum pandemik pada AS$23 hingga AS$24 per 1,000 keping.
"Lebih memburukkan keadaan adalah isu-isu seperti kadar penggunaan yang lebih rendah dan kos operasi tambahan disebabkan SOP yang ketat serta kekurangan tenaga buruh.
"Dalam hal ini, kami menjangkakan pendapatan yang lebih lemah pada suku-suku akan datang," katanya.
Menurut firma itu lagi, dengan persaingan sengit daripada syarikat China, sektor sarung tangan getah di Malaysia berdepan dengan perubahan struktur dan situasi lebihan bekalan yang mungkin berlanjutan lebih lama berbanding tempoh biasa sekitar 6 hingga 9 bulan.
Katanya, ancaman daripada pengeluar China ini adalah sesuatu yang sukar dielakkan dengan mereka begitu agresif mengembangkan kapasiti hingga boleh menyebabkan lebihan bekalan berterusan sehingga 2023.
Tambahan pula, pengeluar China menjual dengan harga yang lebih menarik di Eropah berbanding firma dari Malaysia.
Menurut pemain industri, pengeluar sarung tangan getah China dijangka menyumbang sebanyak 23% daripada bekalan global pada 2022 berbanding buat masa ini, 16%.
Ini secara tidak langsung menjadikan penguasaan pasaran bagi Malaysia dijangka merosot kepada 60% pada 2022 berbanding 67% ketika ini.
"Namun, kedudukan imbangan tunai yang kukuh adalah penting bagi syarikat pengeluar dari Malaysia, kerana ia membolehkan mereka mengharungi saat-saat sukar dalam perang harga yang sukar dielakkan," katanya.
*Berita asal di DagangNews.com
Dagang News
Mon Oct 11 2021
Prospek sektor sarung tangan getah suram meskipun ia pernah menjadi industri paling menguntungkan apabila tercetusnya pandemik COVID-19 di seluruh dunia. -Gambar fail/Bernama
Perintah bela diri Bung Moktar, isteri bercanggah dengan keterangan di mahkamah
Dua saksi penting pendakwaan telah dengan jelas menyatakan bahawa tiada unsur suapan wujud dalam kes itu.
Kerajaan komited pastikan pelaburan LTAT hasilkan pulangan konsisten - Mohamed Khaled
Kerajaan komited untuk memastikan pelaburan yang dibuat oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dalam syarikat domestik dan antarabangsa menghasilkan pulangan yang konsisten dan kukuh.
Kes demam denggi meningkat pada ME16, empat kematian dilaporkan
Kes demam denggi dilaporkan meningkat kepada 2,321 kes pada Minggu Epidemiologi ke-16 (ME16) iaitu bagi tempoh 14 April hingga 20 April lepas.
KFC tutup sementara sejumlah cawangan, pindah pekerja tempat lain
QSR Brands bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah cawangan KFC Malaysia yang telah ditutup buat sementara waktu dan bilangan pekerja yang terjejas.
Nor Farah Ain tidak percaya bergelar juara dunia
Atlet boling pada negara Nor Farah Ain Abdullah masih tidak percaya sudah bergelar juara dunia pada penampilan sulungnya di Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia 2024 di Guernsey, Channel Islands
Program Jana Wibawa dilaksana selepas dapat persetujuan Jemaah Menteri - Saksi
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa cadangan mengenai Jana Wibawa telah dibawa ke mesyuarat untuk pertimbangan sebelum Jemaah Menteri memutuskan supaya program itu diteruskan pada 2020.
[TERKINI] Sidang Media Perdana Menteri di Riyadh, Arab Saudi
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan sidang media susulan lawatan kerja rasmi ke Mesyuarat Khas WEF 2024 di Riyadh Arab Saudi.
SPR keluar 188 kertas undi pos bagi PRK Kuala Kubu Baharu
Pengeluaran kertas undi pos itu dilakukan oleh petugas pilihan raya yang dilantik Pegawai Pengurus dengan kehadiran ejen undi pos daripada semua empat calon yang bertanding.
KDN muktamad pembelian empat helikopter untuk APMM bernilai RM600 juta
Kertas kerja bagi perolehan aset itu sudah diserahkan kepada Kementerian Kewangan untuk keputusan akhir.
Video disalah sunting, Teo Nie Ching buat laporan polis
Teo berkata pilihan raya bukanlah tiket untuk mana-mana pihak menyebarkan fitnah dengan niat mencetuskan perbalahan antara masyarakat pelbagai kaum dan agama.
MARGMA yakin permintaan sarung tangan getah global meningkat pada 2024
Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) yakin permintaan global terhadap sarung tangan getah akan meningkat pada 2024.
Permintaan, harga untuk sarung tangan getah perubatan, pembedahan dijangka meningkat - Pakar
Permintaan untuk sarung tangan getah perubatan dan pembedahan meningkat pada bulan lepas walaupun situasi lebihan bekalan yang berterusan dan dijangka mencapai keseimbangan menjelang 2025.
Langkah muktamadkan mekanisme harga getah mampu dicapai walau mencabar - Pakar
Dennis Low berkata usaha bagi mencapai persetujuan bersama dan menumpukan mekanisme ini tidak sukar jika terdapat satu objektif bersama.
Pemulihan sektor sarung tangan getah terus dibelenggu cabaran
Pemulihan sektor sarung tangan getah terus dibelenggu cabaran
Penurunan harga saham punca Top Glove, Hartalega terkeluar daripada komponen utama FBM KLCI
Isu lebihan bekalan dalam industri sarung tangan getah telah mempengaruhi harga saham kedua-dua syarikat berkenaan.
Malaysia terajui pengeluaran inovatif sarung tangan getah - MARGMA
Negara mengeluarkan kira-kira 259 bilion unit sarung tangan yang dibekalkan ke 195 negara.
KPPK optimis Malaysia mampu capai nilai eksport sarung tangan getah RM23.6 bln tahun ini
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) optimis Malaysia mampu mencapai nilai eksport sarung tangan getah RM23.6 bilion pada tahun ini susulan terdapat peningkatan dalam budaya kebersih
Ketidaktentuan pasaran jejas pasaran getah minggu depan
Wujud kebimbangan mengenai kekurangan makanan dan musim sejuk dalam keadaan konflik Rusia-Ukraine ketika ini.
Lelaki, anak tiri didakwa tipu bekalan sarung tangan lebih RM700,000
Seorang lelaki dan anak tirinya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan memperdaya dua lelaki berhubung pembekalan sarung tangan getah yang tidak wujud.
Persatuan pengeluar sarung tangan getah komited sepenuhnya pematuhan isu buruh
Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) komited sepenuhnya kepada pematuhan berkaitan dengan isu buruh.