Tenaga Nasional Bhd (TNB) akan melaksanakan dasar dividen baharu berkuat kuasa tahun kewangan berakhir 31 Ogos, 2017.
Dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia hari ini, TNB berkata ia berhasrat untuk mengagihkan dividen pada nisbah pembayaran dividen 30 peratus hingga 50 peratus, berdasarkan laporan keuntungan bersih yang disatukan kepada pemegang saham selepas kepentingan minoriti, tidak termasuk perkara luar biasa dan tidak berulang.
Ia juga berusaha untuk melaksanakan dasar yang memberi dividen yang stabil dan mapan kepada pemegang saham.
Ini selain mengekalkan struktur modal yang cekap, mencukupi untuk menampung prospek perniagaannya, strategi pertumbuhan/pengembangan keperluan modal dan faktor lain yang dianggap berkaitan oleh Lembaga Pengarah.
TNB berkata keupayaannya untuk membayar dividen turut bergantung kepada dividen yang diterima daripada anak syarikatnya, yang juga bergantung kepada keuntungan boleh agih anak syarikat, keputusan operasi, keadaan kewangan, perancangan perbelanjaan modal dan faktor lain yang dianggap berkaitan oleh Lembaga Pengarah anak syarikat masing-masing.
Walaupun dasar dividen ini mencerminkan pandangan semasa Lembaga Pengarah mengenai kedudukan kewangan dan aliran tunai kumpulan, TNB berkata dasar dividen ini akan disemak secara berterusan berdasarkan kedudukan kewangan, persekitaran kawal selia dan prospek perniagaannya.
TNB berkata menjadi dasar Lembaga Pengarah, dalam mencadangkan dividen, membolehkan pemegang saham mengambil bahagian dalam keuntungan syarikat, selain mengekalkan rizab yang mencukupi untuk pertumbuhan masa depan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 09 2016
Tenaga Nasional Bhd (TNB) akan melaksanakan dasar dividen baharu berkuat kuasa tahun kewangan berakhir 31 Ogos, 2017. - Gambar fail
Dua penjenayah maut selepas berbalas tembakan dengan polis di Tanjong Malim
Kedua-dua mereka yang berumur 29 dan 37 tahun itu dipercayai dalam perjalanan untuk merompak semasa kejadian.
Empat pemain Sabah FC tidak sertai skuad Harimau Malaya ke Thailand
Kesemua empat pemain Sabah tidak akan menyertai skuad Harimau Malaya untuk ke Bangkok, Thailand bagi aksi ketiga Kumpulan A Piala ASEAN 2024 menentang Thailand, Sabtu ini.
Simpan jasad bayi: Mufti perlu proaktif keluar pandangan hukum - Na'im Mokhtar
Susulan tular kes mayat bayi dimasukkan dalam peti sejuk selama dua minggu di selangor, Mufti Selangor digesa untuk tampil mengeluarkan pandangan hukum syarak sebagai pencerahan kepada masyarakat.
KBS rangka kod etika pemakaian babitkan penggunaan Jalur Gemilang
Hannah berkata pengenalan kod etika itu susulan isu terbaharu melibatkan penggunaan Jalur Gemilang pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
Operasi mencari anggota TDM hilang di Royal Belum tiada petunjuk baharu - ATM
Tiada petunjuk baharu ditemukan dalam operasi mencari seorang anggota Tentera Darat Malaysia yang hilang di Hutan Royal Belum November lepas.
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
Keuntungan bersih TNB meningkat kepada RM1.44 bilion pada suku kedua
Antara faktor kenaikan ialah keuntungan operasi lebih tinggi, pertukaran asing yang menggalakkan dan kos kewangan bersih lebih rendah.
Untung bersih CelcomDigi RM406.02 juta pada suku kedua, umum dividen 3.5 sen
Bagaimanapun, perolehan CelcomDigi berkurang 2.0 peratus kepada RM3.10 bilion berbanding RM3.12 bilion bagi tempoh yang sama.
CBP umum 6.5 peratus dividen bagi tahun kewangan 2023
CBP) hari ini mengumumkan kadar dividen bagi Syer Biasa adalah sebanyak 6.50 peratus dan Syer Keutamaan (iRCPS) sebanyak 6.78 peratus bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Disember 2023.
KWSP dijangka mampu capai pulangan yang sama pada 2024 - Ahli akademik
Williams yakin cabaran pada 2024 adalah lebih kurang sama seperti tahun sebelumnya dan KWSP akan berpeluang meningkatkan prestasinya.
KWSP umum dividen konvensional 5.5 peratus, shariah 5.4 peratus
Jumlah agihan bagi simpanan konvensional melibatkan RM50.33 bilion manakala RM7.48 bilion bagi simpanan shariah.
Dividen Tabung Haji dijangka umum April ini - Mohd Na'im
Pengumuman dan agihan dividen Tabung Haji (TH) bagi tahun kewangan 2023 dijangka pada April ini iaitu setelah audit penuh dijalankan.
Petronas akan bayar dividen RM40 bilion kepada kerajaan tahun ini
Liza berkata pembayaran dividen itu dibuat berdasarkan kepada kemampuan Petronas.
Untung bersih Mr D.I.Y. naik kepada RM150.32 juta pada suku kedua
Perolehan turut naik kepada RM1.10 bilion daripada RM1.05 bilion sebelum ini, didorong oleh sumbangan positif daripada kedai baharu.
Syarikat MKD sumbang lebih RM50 bilion sebagai dividen kepada kerajaan pada 2022 - Ahmad Maslan
Syarikat Menteri Kewangan (Diperbadankan) (MKD) menyumbang RM50.7 bilion daripada keuntungan bersih bagi tahun kewangan 2022 sebagai dividen kepada kerajaan.
Koperasi Angkatan Tentera umum dividen 7 peratus
Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad (Koperasi Tentera) hari ini mengumumkan pulangan dividen tujuh peratus kepada 156,156 anggotanya membabitkan pembayaran sebanyak RM130.4 juta bagi tahun 2022.