KUALA LUMPUR: Perasmian Tun Razak Exchange (TRX) oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Hab Kewangan Antarabangsa bukan sekadar suatu kejayaan bagi Malaysia, tetapi juga peristiwa yang akan membuka lembaran baru dalam bidang ekonomi dan perniagaan.
Berdiri megah di tengah kota raya Kuala Lumpur, TRX kini menempatkan pelbagai syarikat terkemuka dari dalam dan luar negara termasuk 20,000 pekerja mahir.
Bukan sahaja menawarkan kemudahan infrastruktur moden yang memenuhi piawaian antarabangsa, tetapi juga menjadi lokasi strategik untuk perniagaan dan pelaburan global.
Ketua Pegawai Eksekutif Tun Razak Exchange City (TRXC) Datuk Azmar Talib berkata TRX mencerminkan apa yang diperlukan oleh Malaysia ke arah negara serba moden, dan mampan melalui pemupukan minda perniagaan yang hebat lantas membentuk masa hadapan yang gemilang.
“Hari ini, saya berdiri di hadapan anda dengan rasa bangga, TRX adalah kenyataan lantang Malaysia kepada dunia bahawa kita berjaya memenuhi komitmen kita, serta mampu mencapai lebih lagi.
“Kejayaan ini tidak akan menjadi kenyataan tanpa sokongan dari rakan seperjuangan dalam kerajaan, pelabur yang yakin kepada negara kita serta peluang yang kita bawa, dan komuniti TRX yang terdiri daripada syarikat-syarikat blue-chip global dan tempatan,” katanya semasa perasmian.
Turut hadir pada majlis perasmian adalah Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, delegasi antarabangsa, pemimpin industri, serta pegawai kerajaan.
Pelbagai syarikat kewangan antarabangsa telah membuat keputusan untuk menetapkan pangkalan operasi mereka di TRX, membuktikan daya tarikan dan keberkesanan hab kewangan ini.
Antara pelabur utama TRX adalah Kumpulan Lendlease dari Australia, Kumpulan Mulia dari Indonesia, HSBC Malaysia, Affin Bank, Core Precious Development Sdn Bhd, Veolia, Kumpulan IJM, dan Prudential Malaysia.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Lendlease, Tony Lombardo, berkata The Exchange TRX, yang merangkumi pusat beli-belah, hotel, dan bangunan pejabat serta TRX Residences, adalah pembangunan bersepadu terbesar milik syarikatnya di Asia setakat ini.
“Setakat ini, kami telah memiliki 10 juta orang pengunjung dalam dua bulan pertama, jadi kira-kira sekitar lima juta kunjungan sebulan, harap ia berlanjutan dan kami juga telah berhasil menarik begitu banyak jenama antarabangsa untuk ke Kuala Lumpur.
“Lendlease membuat pelaburan sebanyak 60 peratus bersama-sama dengan Kementerian Kewangan sejak projek ini dimulakan, jadi kami telah menjadi pelabur utama selama bertahun-tahun dan projek ini telah menonjol di peringkat antarabangsa," katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, keadaan ekonomi Malaysia yang kian stabil juga merupakan faktor penting bagi menarik pelabur asing ke TRX.
"Saya berpendapat bahawa ekonomi di sini sedang berkembang dengan baik di mana pertumbuhan KDNK berada pada kadar (kira-kira) empat peratus, inflasi dan kadar faedah rendah.
“Oleh itu, ia menjadi faktor penting kerana dengan kadar faedah yang rendah, pelabur asing dapat melihat bahawa ini merupakan masa yang sesuai untuk melabur dalam pasaran ini,” tambahnya.
Sebagai Pusat Kewangan Antarabangsa (IFC) negara, kerajaan juga akan menyediakan beberapa insentif kepada syarikat yang memindahkan pangkalan operasi mereka ke sana.
Ini merangkumi elaun bangunan industri dan pengcualian cukai ke atas 70 peratus daripada pendapatan berkanun untuk tempoh lima tahun bagi harta pemaju.
Selain itu, kerajaan turut memberi pengecualian duti setem ke atas pinjaman dan perkhidmatan untuk TRX syarikat berstatus.
TRX City Sdn Bhd (TRXC) dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan Malaysia dan merupakan pemaju induk TRX, Hab Kewangan Antarabangsa Malaysia.
Astro Awani
Sat Feb 24 2024
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan TRX sebagai Pusat Kewangan Antarabangsa sambil diiringi Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tun Razak TRXC Datuk Azmar Talib di Menara Exchange 106.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Ambil tindakan tegas ke atas pihak lakukan kekacauan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu tindakan tegas diambil terhadap pihak yang cuba melakukan kekacauan di Malaysia sehingga meragut nyawa.
ABIM gesa rakyat bertenang, serahkan siasatan kepada PDRM
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa rakyat untuk bertenang dan menyerahkan sepenuhnya siasatan serta tindakan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pihak berkuasa berkaitan.
Keganasan terhadap pegawai polis, satu tindakan mengerikan
Membunuh, menyebabkan kecederaan yang teruk dan pencerobohan serta keganasan terhadap pegawai polis di balai polis adalah satu tindakan mengerikan dan kejam.
MEASAT, mudah Healthtech wujud Kiosk telekesihatan pertama
Melalui platform Sihat Xpress, penduduk kampung boleh menggunakan kiosk telekesihatan untuk memeriksa tahap oksigen, tekanan darah, suhu badan dan kandungan gula dalam darah, selain berunding dengan doktor secara dalam talian.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: KPN zahir ucapan takziah kepada keluarga mangsa
Ketua Polis Negara menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga dua anggota polis yang maut dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram pagi tadi.
AWANI Ringkas: Siasatan termasuk bedah siasat | 47 penerbangan mendarat di Madinah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Wanita warga emas ditemukan meninggal dunia dalam rumah dilanda banjir
Seorang wanita warga emas ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah yang dilanda banjir di Kampung Temerlok, Trong dekat Taiping, pagi tadi.
Pemuda dipenjara lapan tahun sebabkan kematian bayi teman wanita
Seorang pemuda dijatuhi hukuman penjara lapan tahun atas pertuduhan menyebabkan kematian bayi lelaki yang baru dilahirkan teman wanitanya.
Hapuskan terus Jemaah Islamiyah
Bersama ditalian, Prof Dato Dr Muhammad Nu Manuty Pengerusi IKIM.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: ABIM gesa rakyat bertenang, serah siasatan kepada PDRM
ABIM menggesa rakyat untuk bertenang dan menyerahkan sepenuhnya siasatan serta tindakan kepada PDRM serta pihak berkuasa berkaitan.
Tun Razak Exchange pacu transformasi ekonomi, pemangkin inovasi - CEO TRXC
TRX menjadi bukti visi impian besar Malaysia mewujudkan sebuah hab kewangan antarabangsa bertaraf dunia.
Tun Razak Exchange pacu transformasi ekonomi, pemangkin inovasi - CEO TRXC
TRX juga memaparkan keperluan Malaysia iaitu destinasi serba moden, mantap dan mampan yang menggalakkan pertumpuan minda perniagaan hebat.
TRX dirasmikan sebagai Hab Kewangan Antarabangsa Malaysia
Pembangunan Tun Razak Exchange (TRX) dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai hab kewangan antarabangsa, membuka lembaran baru dalam bidang ekonomi dan perniagaan.
Insentif untuk syarikat pindah pangkalan ke TRX - PM
Anwar berkata TRX mewakili satu kejayaan ke hadapan dalam misi kerajaan memperbaharui ekonomi negara dan seni bina kewangan melalui Ekonomi Madani.
Terowong TRX dibuka 29 Nov, kurangkan trafik ke bandar 30 peratus
Pembukaan terowong bawah tanah Tun Razak Exchange (TRX) sepanjang lima kilometer mulai 29 Nov ini dijangka mengurangkan trafik masuk ke pusat bandar sebanyak 30 peratus.
The Exchange TRX akan capai penghunian penuh apabila dibuka pada suku keempat 2023
Hab gaya hidup Tun Razak Exchange (TRX), The Exchange TRX, akan mencapai kadar penghunian penuh apabila dibuka kepada orang ramai pada suku keempat 2023, menurut pemaju hartanah Australia, Lendlease.
Menara Exchange 106: Siap dibina, mercu tanda baharu pencakar langit di KL
Menara dengan ketinggian 450 meter itu menjadi mercu tanda baharu dan sebahagian daripada projek Tun Razak Exchange (TRX).
Infrastruktur TRX siap 99 peratus - CEO
Buat masa ini, kerja-kerja utama infrastruktur hanya tinggal satu peratus sahaja lagi untuk siap sepenuhnya.
Model campuran pembangunan pengangkutan tumpuan utama Bandar Malaysia
Model campuran pembangunan pengangkutan untuk pejalan kaki dan pergerakan orang ramai yang selamat, termasuk kenderaan tidak bermotor seperti basikal, akan menjadi pertimbangan utama dalam pembangunan
Ibu pejabat HSBC Malaysia dibuka secara rasmi di TRX
Pembukaan ibu pejabat Malaysia yang baharu itu mengukuhkan komitmen HSBC untuk membuka peluang baharu kepada pelanggan.