KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh Tenaga Nasional Bhd (TNB), Vantage RE Ltd, telah menyelesaikan urusan pembiayaan melibatkan GBP275 juta (RM1.56 bilion) melalui pembiayaan semula portfolio loji jana kuasa solar Vantage Solar UK (VSUK) di United Kingdom (UK).
Menurut TNB, kemudahan pembiayaan dengan Macquarie Asset Management yang diatur oleh Standard Chartered Bank itu merupakan sebahagian daripada inisiatif pengurusan Vantage RE untuk mengoptimumkan struktur pembiayaan VSUK.
Ia juga bertujuan memberikan kepastian pelaburan yang lebih besar bagi jangka panjang, jelas TNB dalam kenyataan pada Rabu.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Baharin Din berkata langkah pembiayaan semula itu membuktikan portfolio tersebut mampu memenuhi harapan pemberi pinjaman terhadap pematuhan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) melalui prestasi portfolio itu yang seiring dengan taksonomi Kesatuan Eropah bagi aktiviti mampan.
"Aktiviti itu memperkukuh usaha TNB dalam mencapai visi ESG globalnya," katanya dalam kenyataan yang sama.
TNB menambah, portfolio solar 365 MW yang merangkumi 24 loji solar fotovoltaik yang ditempatkan di atas tanah di England dan Wales itu memberi sumbangan penting kepada bekalan tenaga bersih UK.
Seperti yang dianggarkan oleh Green Investment Group di bawah Macquarie, portfolio tersebut menghasilkan tenaga elektrik yang mencukupi setiap tahun untuk membekalkan tenaga setara lebih 90,000 rumah di samping membantu mengelakkan kira-kira 3,300 kilotan pelepasan setara karbon dioksida sepanjang baki hayat portfolio itu, tambahnya.
Menurut TNB, langkah pembiayaan semula berkenaan merupakan satu lagi sumbangan berharga yang diberikan oleh Vantage RE kepada portfolio solar di bawah pengurusannya.
Sejak mengambil alih kawalan pengurusan portfolio VSUK tahun lepas, prestasi keuntungan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan portfolio itu telah meningkat kira-kira 28 peratus daripada GBP30.3 juta (RM172.4 juta) pada 2020 kepada GBP38.7 juta (RM220.2 juta) pada 2021, jelas syarikat utiliti elektrik Malaysia itu.
"TNB yakin di bawah pengurusan Vantage nilai portfolio VSUK akan berkembang dan terus menyediakan pulangan boleh terima untuk pelaburnya," menurutnya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 23 2022
TNB yakin di bawah pengurusan Vantage nilai portfolio VSUK akan berkembang dan terus menyediakan pulangan boleh terima untuk pelaburnya. - Gambar hiasan/BERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Penyaluran tenaga elektrik hijau pertama dari Malaysia ke Singapura bermula hari ini
Penyaluran tenaga elektrik hijau pertama dengan kapasiti 50 megawatt (MW) dari Malaysia ke Singapura bermula hari ini, kata Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).
TNB perkenal sistem FARA bagi mengurus risiko banjir
TNB perkenal sistem FARA untuk urus risiko banjir, pastikan keselamatan aset dan pengguna.
Fasa pertama perdagangan TBB Malaysia-Singapura bermula bulan ini
Ia hasil daripada pelaksanaan bidaan menerusi Energy Exchange Malaysia (ENEGEM) pada Jun lalu.
Banjir: Bekalan elektrik di Alor Setar, Sik pulih sepenuhnya
Bekalan elektrik di beberapa kawasan di bandar raya ini dan Sik telah pulih sepenuhnya selepas ditutup sementara susulan banjir.
Guru rugi RM198,550 ditipu 'pegawai polis', 'wakil TNB'
Guru rugi RM198,550 ditipu 'pegawai polis', 'wakil TNB'
Hujan lebat berterusan, air pasang besar punca Kelantan, Terengganu banjir teruk - Fadillah
Banjir besar yang berlaku di Pantai Timur khususnya Kelantan dan Terengganu ketika ini berpunca daripada hujan lebat luar biasa yang berterusan.
Banjir: TNB tutup bekalan elektrik di beberapa lokasi di Alor Setar, Sik
TNB menutup bekalan elektrik di beberapa kawasan di sini dan Sik demi keselamatan orang awam susulan keadaan banjir yang semakin serius.
Banjir: TNB tutup bekalan elektrik di beberapa kawasan sekitar Marang, Kuala Terengganu
TNB Careline menerusi hantaran di Facebook berkata kawasan yang terputus bekalan elektrik susulan penutupan itu adalah di Kem Panji Alam, Marang, Wisma TG Ramly dan Tepoh di Kuala Terengganu.
Banjir: TNB nafi putuskan bekalan elektrik di Alor Setar
TNB Careline memaklumkan dakwaan berkenaan adalah tidak benar dan meminta orang ramai untuk tidak mudah percaya kepada mesej yang tidak disahkan.
Dakwaan Empangan Pergau lepaskan air tidak benar - TNB
Tenaga Nasional Berhad (TNB) menafikan dakwaan Empangan Pergau, Kelantan akan melepaskan air seperti yang tular di media sosial.