JAKARTA: Seramai 43 pelajar Indonesia menduduki peperiksaaan Ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia (MUET) untuk mereka mendapatkan 'tiket' melanjutkan pengajian tinggi di Malaysia.
Peperiksaan itu diadakan di Lombok, Nusa Tenggara Barat dari 3-6 Ogos oleh Education Malaysia Indonesia (EMI) dan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).
Penasihat Pendidikan Kedutaan Malaysia di Jakarta, Mohd Mubarak Shamsuddin berkata ia kali kedua dilaksanakan di Lombok setelah kali pertama pada Julai 2019, dengan yuran dua juta rupiah atau RM600.
"Harapan EMI dan MPM agar MUET terus mendapat sambutan di sini dan dapat diteruskan dari semasa ke semasa ke wilayah lain mengikut permintaan," katanya.
MUET adalah serupa dengan peperiksaan International English Language Testing System (IELTS) atau Test of English as a Foreign Language (TOEFL) untuk universiti di Malaysia dan juga kebanyakkan universiti di Singapura.
Mohd Mubarak berkata Malaysia terus menjadi pilihan pelajar seluruh dunia termasuk Indonesia untuk melanjutkan pengajian tinggi.
"Ini terbukti dengan keberadaan 170,000 mahasiswa asing di Malaysia dari lebih 160 buah negara seluruh dunia termasuk 11,000 dari Indonesia," kata Mohd Mubarak.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 07 2022
Peperiksaan itu diadakan di Lombok, Nusa Tenggara Barat dari 3-6 Ogos oleh Education Malaysia Indonesia (EMI) dan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). - Gambar hiasan
Michelle Yeoh terima penghormatan tertinggi Amerika
Michelle Yeoh akan dianugerahkan Pingat Kebebasan Presiden oleh Presiden Joe Biden pada majlis rasmi di White House pada 3 Mei depan.
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
43 pelajar Indonesia duduki peperiksaan MUET di Lombok
Peperiksaan itu diadakan di Lombok, Nusa Tenggara Barat dari 3-6 Ogos oleh Education Malaysia Indonesia (EMI) dan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).
NUTP tidak setuju guru Bahasa Inggeris duduki MUET
Sehubungan itu pihaknya merayu campur tangan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik dan memperbetulkan keadaan yang disifatkan semakin menekan dan membebankan guru-guru Bahasa Inggeris dalam negara.
Pertimbang keputusan minta guru Bahasa Inggeris ambil MUET
Setiausaha Agung NUTP berkata perkara tersebut hanya akan membebankan lagi guru yang sudah terbeban dengan tanggungjawab sedia ada.
MUET: Jika ada 'booster', lebih lebar sayap untuk terbang - Adibah Noor
Penguasaan bahasa kedua terutamanya bahasa Inggeris akan membuka lebih banyak peluang dan ruang dalam kehidupan seseorang.
MUET tingkat mutu bahasa Inggeris pelajar - Mustafa
Meneruskan MUET langkah baik untuk mengembangkan peperiksaan Inggeris setanding peringkat antarabangsa yang dimiliki Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).
Maszlee tolak cadangan hapuskan MUET
Katanya, MUET adalah peperiksaan kelayakan, berbeza dengan peperiksaan sekolah, justeru ia tidak boleh dihapuskan.
MUET akan dipasarkan ke peringkat antarabangsa - Mahdzir
Pengiktirafan Ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia (MUET) oleh Penilaian Bahasa Inggeris Cambridge United Kingdom membolehkannya kini dipasarkan ke peringkat antarabangsa.
IPTA diberi tempoh buat persediaan kelayakan baharu MUET
IPTA di negara ini akan diberi tempoh secukupnya untuk mengamalkan syarat baharu kelayakan bagi Malaysian University English Test (MUET) pada tahun hadapan.
ISU MUET: Tiada niat membelakangkan Bahasa Kebangsaan - Muhyiddin
Kementerian Pendidikan tidak pernah berniat untuk membelakangkan Bahasa Kebangsaan dalam usaha memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar di Institusi Pengajian Tinggi Awam.
MUET: Antara mahu dengan tidak
Pendapat seorang guru bahasa Inggeris, Mohd Faiez Mohd Ali, di sekolah menengah atau isu MUET.