LEBIH 6.51 bilion dos vaksin COVID-19 sudah didaftar atau disuntik di seluruh dunia setakat ini.

Menurut data Johns Hopkins University, China kini mendahului dengan lebih 2.22 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan.

Ini diikuti India sebanyak 964 juta dos, manakala Amerika Syarikat dengan lebih 402 juta dos vaksin.

Brazil mencatat lebih 249 juta dos sementara Jepun melebihi 175 juta.

Turki, Jerman dan Mexico pula mencatat angka melepasi 100 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia jauh di hadapan negara lain dengan 160 juta dos.

Ini diikuti Thailand dengan lebih 61 juta dos, manakala Filipina dan Malaysia lebih 46 juta.

Singapura pula catat lebih 9 juta dos vaksin telah didaftarkan.