awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

73 'laluan tikus' dikenal pasti sepanjang sempadan Narathiwat

Bernama
Bernama
14/06/2019
21:27 MYT
73 'laluan tikus' dikenal pasti sepanjang sempadan Narathiwat
Penduduk tempatan di sepanjang sempadan disarankan tidak lagi menggunakan laluan tikus tersebut.
Pihak Keselamatan Thailand mengenal pasti sekurang-kurangnya 73 laluan tikus di sempadan Narathiwat, Thailand dan Kelantan, Malaysia.
Komander Tentera Bahagian Keempat Leftenan Jeneral Pornsak Poolsawat berkata pihak berkuasa Thailand akan meningkatkan kawalan di sempadan sepanjang kira-kira 95 kilometer di daerah Sungai Golok, Sukhirin, Waeng dan Tak Bai di Daerah Narathiwat bersempadan dengan Kelantan dalam usaha membanteras aktiviti penyeludupan rentas sempadan.
"Laluan tikus itu sering digunakan kumpulan sindiket penyeludupan dan selain itu, kumpulan anggota bersenjata juga menggunakan laluan tikus untuk melarikan diri dari pihak berkuasa Thailand.
'Pihak keselamatan akan mempergiatkan rondaan dan kawalan di kawasan-kawasan yang dikenalpasti bagi mengekang aktiviti penyeludupan," katanya.
Beliau juga menyaran penduduk tempatan di sepanjang sempadan itu agar tidak lagi menggunakan laluan tikus tersebut.
Topic Berkaitan
#kawalan
#keselamatan
#laluan tikus
#Malaysia
#Narathiwat
#rondaan
#sindiket
#Sungai Golok
#tentera
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan