AMARAN Bill Gates kira-kira tujuh bulan lalu sekali lagi menjadi kenyataan selepas beliau menggesa negara antarabangsa supaya bersiap sedia menghadapi wabak dan serangan cacar pada masa depan.
Menerusi wawancara bersama Policy Exchange bersama Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Kesihatan, Jeremy Hunt pada November lalu, Gates turut menyarankan pemerintah melabur puluhan bilion dolar untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) tersebut yang didakwa bakal menelan kos yang tinggi.
Pengasas bersama Microsoft itu juga mengesyorkan penubuhan Pasukan Petugas Pandemik Pertubuhan Kesihatan Sedunia baharu yang menelan kos berbilion dolar.
"Negara kaya seperti Amerika Syarikat (AS) dan Britain perlu terlibat membelanjakan 'puluhan bilion' untuk membiayai penyelidikan yang membawa kepada inovasi lain seperti membasmi flu dan selesema biasa.
"Saya berharap dalam tempoh lima tahun, saya dapat menulis buku berjudul 'We ARE ready for the next pandemic'.
"Tetapi, ia memerlukan dana yang akan disumbangkan Washington dan London," kata individu terkaya di dunia itu.
Beliau juga mencadangkan 'germ-games' sebagai persediaan untuk tindakan biokeganasan seperti serangan cacar di lapangan terbang.
"Bagaimana negara antarabangsa mahu bertindak balas jika serangan biokeganasan (cacar) itu menyasarkan 10 lapangan terbang di seluruh dunia?
"Ia mungkin boleh mencetuskan wabak lebih dahsyat berbanding yang kita sedang hadapi sekarang," ujarnya sambil menambah beliau akan terus bercakap tentang persediaan menghadapi pandemik sebagai sebahagian daripada kerja amalnya sebagai dermawan.
Menurutnya, banyak R&D perlu dilakukan untuk persediaan menghadapi pandemik seterusnya seperti menghasilkan vaksin lebih murah dan hanya menggunakan tampalan pada lengan.
Pada 2015, pengasas Microsoft itu pernah memberi amaran tentang potensi penularan virus seperti Covid-19 dan turut menekankan tentang keperluan negara antarabangsa bersiap-sedia untuk menangani situasi tersebut.
"Jika 10 juta orang terkorban dalam tempoh beberapa dekad akan datang, ia adalah disebabkan oleh virus berjangkit dan bukan peperangan," katanya ketika menyertai Ted Talk kira-kira enam tahun lalu. - Agensi
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sun May 22 2022
Menurut Gates, banyak R&D perlu dilakukan untuk persediaan menghadapi pandemik seterusnya seperti menghasilkan vaksin lebih murah dan hanya menggunakan tampalan pada lengan. -Gambar fail
Polis Israel guna meriam air leraikan protes antikerajaan
Penunjuk perasaan menggesa Perdana Menteri Benjamin Netanyahu berundur dan mengadakan pilihan raya baharu.
Rejim Zionis mara ke Jabalia, antara kem pelarian terbesar
Lokasi operasi rejim itu tertumpu di Jabalia, salah satu daripada lapan kem pelarian terbesar di Semenanjung Gaza.
[LAPOR LANGSUNG] Suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram tiada kaitan kumpulan pengganas - KPN
Berita terkini insiden serangan Balai Polis Ulu Tiram yang mengorbankan dua anggota polis dan mencederakan seorang yang lain, pada Sabtu.
Filem terbaharu ‘The Experts’ tampil pelakon hebat, genre berlainan buat peminat
Filem dengan idea original ini menampilkan kisah fiksyen tentang rompakan yang melibatkan sebentuk cincin permata.
Dua tahun di Ulu Tiram, pulang ke sini jasad terbujur kaku’ - Bapa
Dia tidak menitiskan air mata sepanjang berada di Johor Bahru bagi menyelesaikan urusan jenazah anak keempat daripada lapan itu.
Malaysia, Uzbekistan akan tingkatkan kerjasama ekonomi - Tengku Zafrul
Malaysia dan Uzbekistan akan memperbaharui komitmen mereka untuk mengukuhkan hubungan ekonomi sempena hubungan diplomatik selama empat dekad.
Bimbang hilang suami antara faktor wanita tidak jalani saringan kanser
Bimbang kehilangan suami dan menjadi beban kepada keluarga antara faktor menyebabkan ramai wanita di Kelantan tidak menjalani saringan awal kanser yang disediakan LPPKN di negeri ini.
SUKMA-21: Sarawak mahu cipta rekod untuk naik imej sebagai kuasa sukan
Sarawak selaku tuan rumah temasya Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 yang berlangsung bermula 17 Ogos ini, mahu mencipta rekod kejohanan untuk menaikkan imejnya sebagai kuasa sukan di negara ini.
Kelantan warta garis panduan baharu sukan Muay Thai - Exco
Kerajaan Kelantan sudah mewartakan garis panduan baharu berhubung sukan Muay Thai di negeri itu untuk diperkasakan dan dibangunkan semula bagi melahirkan atlet bertaraf dunia.
Pertumbuhan ekonomi rantau APEC dijangka cecah 3.4 peratus pada 2024 - Laporan
Pertumbuhan ekonomi di negara-negara Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dijangka mencecah 3.4 peratus pada 2024 dan perlahan kepada 2.9 peratus pada 2025-2026.
'Bill Gates kenal Dolly Chaiwala, Dolly Chaiwala tak kenal Bill Gates' - Netizen
Gates dipercayai singgah menikmati teh susu Dolly sewaktu hadir ke majlis praperkahwinan anak orang terkaya Asia yang diadakan selama tiga hari di India.
AI akan ubah kehidupan manusia dalam masa lima tahun, kata Bill Gates
Bill Gates percaya sejarah menunjukkan setiap teknologi baharu hadir ketakutan dan menyusul dengan peluang baharu.
Twitter mula buang tanda pengesahan biru, Bill Gates dan Kim Kardashian antara 'mangsa'
Twitter pada Khamis mula membuang tanda pengesahan daripada beribu-ribu akaun, termasuk akaun tokoh terkenal.
Gates syor cipta benih ajaib tangani isu perubahan iklim
Apa yang diperlukan katanya, adalah inovasi dalam teknologi pertanian yang boleh membantu memulihkan krisis tersebut.
MBKM, agensi berkaitan perlu lebih giat majukan industri penerbitan buku - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mahu budaya membaca dalam kalangan rakyat di negara ini dipupuk secara berterusan.
Amaran Bill Gates tentang wabak, serangan cacar jadi kenyataan
Gates menyarankan pemerintah melabur puluhan bilion dolar untuk R&D yang didakwa bakal menelan kos yang tinggi.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 9 Mei 2022.
COVID-19: Bill Gates nafi suntikan vaksin boleh jejak manusia
Gates sentiasa menafikannya tetapi penafian yang dilakukan itu belum cukup untuk memadamkan teori tersebut.
COVID-19: Pandemik terburuk, lebih dahsyat mungkin melanda dunia - Bill Gates
Gates beri amaran kemungkinan terdapat varian "lebih mudah tersebar dan lebih berbahaya" berbanding varian Delta dan Omicron."
Bebas karbon: Negara kaya perlu main peranan - Bill Gates
Negara-negara kaya perlu memainkan peranan masing-masing dalam menjayakan penghasilan produk teknologi hijau di peringkat global.