Indonesia mengerahkan lebih 32,000 tentera untuk mengawal keselamatan di sekitar Jakarta susulan menerima maklumat risikan tentang kemungkinan serangan pengganas ketika keputusan rasmi Pemilihan Umum 2019 (Pemilu) diumumkan pada minggu depan.
Agensi keselamatan kini berhempas-pulas untuk menggagalkan cubaan serangan bom itu yang dipercayai dirancang oleh kumpulan militan tempatan.
"Terdapat petunjuk pengganas mungkin akan melancarkan serangan ketika orang ramai berkumpul di bangunan Komisi Pemilihan Umum (KPU) pada 22 Mei ini. Jadi, kami mengambil langkah berjaga-jaga secara optimum untuk menggagalkan tindakan sedemikian," kata jurucakap Polis Nasional, Dedi Prasetyo.
Jelasnya, polis dan tentera juga akan mendirikan kepungan sekitar ibu pejabat Badan Pengawas Pemilu (Bawaslu).
Difahamkan, bangunan itu terletak di Jalan M H Thamrin di Jakarta di mana serangan pengganas pertama didalangi Daesh berlaku pada 2016.
Minggu lalu, penyokong calon presiden, Prabowo Subianto mengadakan dua perhimpunan di Bawaslu untuk memberi tekanan kepada pemerhati pilihan raya bagi bertindak terhadap dakwaan berlaku penyelewengan undi ketika pengundian pada 17 April lalu.
Lebih banyak protes dijangka berlangsung beberapa hari akan datang selepas keputusan awal menunjukkan Joko Widodo atau Jokowi mendahului Prabowo dengan 56.2 peratus.
Langkah untuk meningkatkan keselamatan itu dibuat selepas pihak berkuasa berjaya menumpaskan sel pengganas pada minggu lalu.
Agensi
Wed May 15 2019
Polis dan tentera juga akan mendirikan kepungan sekitar ibu pejabat Badan Pengawas Pemilu (Bawaslu).- Foto REUTERS
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
Persidangan Dong Zong sepatutnya dibenarkan - Suhakam
Suhakam menegaskan, hak kebebasan berhimpun dan bersuara dijamin di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.
Ancaman serangan pengganas di Jakarta, lebih 32,000 tentera dikerah berkawal
Indonesia mengerahkan lebih 32,000 tentera untuk mengawal keselamatan di sekitar Jakarta susulan menerima maklumat risikan tentang kemungkinan serangan pengganas.
Tragedi London: Penubuhan KSCIP perlu disegerakan - Hishammuddin
Serangan membuktikan ancaman keganasan boleh menular bukan sahaja di Eropah malah di rantau Asia dan ia tidak boleh diambil mudah oleh negara-negara di rantau ini.
Kerajaan tubuh NSOF hadapi ancaman keganasan
Kerajaan telah menubuhkan pasukan operasi khas nasional (NSOF) bagi menghadapi sebarang ancaman keganasan.
Kerjasama Boko Haram, Daish burukkan lagi ancaman keganasan di Nigeria
Kebimbangan itu kini semakin meruncing apabila militan Daish dikatakan membantu militan Boko Haram daripada pelbagai aspek termasuk kewangan dan risikan.
Sekolah di Los Angeles diarah tutup gara-gara 'ancaman'
Polis Los Angeles mengarahkan semua sekolah ditutup pada Selasa berikutan ancaman keselamatan.
Pemimpin negara, serantau pernah terima ancaman militan IS - Hishammuddin
Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengesahkan perkara tersebut melalui laporan yang diterimanya dan perkara itu telahpun sebelum ini dimaklumkan kepada orang ramai.
Beberapa Kedutaan AS di Timur Tengah dibuka semula
Kedutaan di Arab Saudi, Qatar dan Pakistan kekal tutup atas bukti ancaman kukuh.