Anggota polis dan tentera di Mexico kerap melakukan penyeksaan dan penganiayaan ke atas wanita, termasuk menggunakan keganasan seksual sewaktu penahanan dan soal siasat, lapor Amnesty International dalam sebuah laporan yang dikeluarkan pada Selasa.
Kumpulan pejuang hak asasi itu telah menemu bual 100 wanita yang mengadu tentang keganasan semasa mereka ditahan, dan kesemuanya mengakui menjadi mangsa penderaan seksual atau penganiayan psikologi, lapor AFP.
Tujuh daripada 10 wanita pula melaporkan keganasan seksual semasa ditahan atau pada jam-jam selepas itu.
Jenis penganiayaan yang dilakukan ke atas wanita-wanita itu termasuk tumbukan di perut dan kepala, ancaman rogol sama ada ke atas mereka atau keluarga mereka, tindakan mencekik, renjatan elektrik ke alat sulit, ramasan dan pemerkosaan.
“Polis menggunakan mereka sebagai sasaran mudah penahanan untuk meningkatkan imej dan menunjukkan orang awam bahawa usaha keselamatan kerajaan berhasil,” ujar Amnesty dalam kenyataan.
Tambah kenyataan itu, golongan wanita yang cenderung diperlakukan sedemikian kebanyakannya wanita muda dan dari latar pendapatan rendah.
“Diskriminasi pelbagai yang dihadapi wanita-wanita ini adalah kerana jantina, umur dan situasi sosio-ekonomi meeka, dan itu meningkatkan risiko mereka ditahan tanpa sebab, diseksa dan sianiaya,” kata kenyataan tersebut.
Laporan itu juga mendapati ramai wanita yang ditahan dan dipenjarakan adalah ibu tunggal dan berdepan diskriminasi hanya kerana status mereka tidak diterima, iaitu tanpa ada pasangan lelaki.
Golongan pekerja seks, biseksual dan lesbian di Mexico juga berisiko dilayan secara teruk sewaktu ditangkap atau dalam tahanan, kata laporan itu.
Agensi
Tue Jun 28 2016
Anggota keselamatan Mexico seperti polis dan tentera didakwa sering menganiaya tahanan wanita secara seksual. - Foto AFP
Ceroboh hutan Raub: Tindakan penguatkuasaan berdasarkan bukti - MB Pahang
Tindakan penguat kuasa menahan dua individu yang didakwa menceroboh kawasan hutan di Raub semalam dibuat berdasarkan bukti kukuh, kata Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
"Yang tak ambil gaji dikritik, yang mencuri tak salah"
Satu tahun setengah sebagai perdana menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ulangi tetap tegas tidak benar sebarang 'kecurian' atau 'kronisma' dalam kerajaan.
Isu Palestin: Ini soal prinsip dan nilai
Perdana menteri tegaskan walaupun berdepan kerugian, kerajaan Madani mahu memastikan keputusan yang diambil turut mengambil kira soal nilai dan prinsip.
Kedudukan, profil Malaysia tinggi di peringkat antarabangsa
Anwar akui antara kelemahan utama kerajaan adalah komunikasi sehingga rakyat tidak sedar reputasi tinggi negara di peringkat antarabangsa.
"Saya boleh terima kritikan tapi jangan fitnah"
Anwar kesal apabila masih dituduh tidak berbuat apa-apa sedangkan sudah banyak usaha dilaksanakan untuk rakyat.
"Tengok keperluan, mana perlu ditambah"
Sektor awam dikatakan bloated dengan jumlah penjawat yang ramai, namun perdana menteri tegaskan ia perlu terutama sektor-sektor kritikal.
Lee Hsien Loong lepas jawatan, seru rakyat bersatu padu
Perdana Menteri, Lee Hsien Loong menyeru rakyat Singapura untuk kekal bersatu padu dan kekalkan kestabilan politik demi masa depan negara.
Dalam nada yang sama, Timbalan Perdana Menteri, Lawrence Wong akan menggalas tanggungjawab beliau sebagai Perdana Menteri.
Dalam nada yang sama, Timbalan Perdana Menteri, Lawrence Wong akan menggalas tanggungjawab beliau sebagai Perdana Menteri.
LAPD sahkan polis campur tangan protes di UCLA
Polis Los Angeles mengesahkan telah menghantar satu pasukan untuk mengawal ketenteraman di protes pro-Palestin di Universiti California Los Angeles (UCLA).
Peta protes Pro-Palestin di dunia
Peta protes Pro-Palestin di dunia
Rangka stategi bantu Palestin, libatkan negara bukan Islam
Perdana Menteri berkata negara-negara Islam perlu libatkan negara-negara bukan Islam dalam strategi membebaskan Palestin dari kekejaman Israel.
Selepas 27 tahun dalam buruan, lelaki ditahan di Lapangan Terbang Heathrow
Richard Burrows yang dituduh melakukan penderaan seksual terhadap kanak-kanak, ditahan di Heathrow selepas pulang ke UK dari Thailand.
Kes penderaan seksual kanak-kanak tertinggi setakat Ogos 2023 - Nancy
JKM kendali kes penderaan seksual kanak-kanak (1,603), diikuti pengabaian (1,530), dibuang atau tiada ibu bapa (156) dan penderaan emosi (73).
Mesyuarat bincang implementasi klausa Seksyen 19 Akta 792
Satu mesyuarat telah diadakan hari ini bagi membincangkan strategi implementasi klausa berkaitan Seksyen 19 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 [Akta 792] secara menyeluruh.
Dana amanah PBB bantu 43,000 mangsa penderaan seksual sejak 2016
Enam projek dengan kesan positif telah dilaksanakan di Republik Afrika Tengah, Republik Demokratik Congo, Haiti, Liberia dan Sudan Selatan.
Penderaan seksual kanak-kanak paling tinggi, masalah ekonomi antara faktor utama - JKM
Berdasarkan statistik JKM setakat 2022, 1,168 kes direkodkan melibatkan penderaan seksual kanak-kanak.
135 kes penderaan kanak-kanak direkod di P.Pinang, sebahagian besar babit seksual
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pulau Pinang merekodkan 135 kes penderaan kanak-kanak di negeri itu dalam tempoh Januari hingga Ogos tahun ini.
Wanita bakar bapa hidup-hidup selepas didera secara seksual
Veiga mendakwa dia telah didera secara seksual oleh bapanya sejak dia remaja lagi.
Penderaan seksual: Emmanuel Macron ikrar ketatkan undang-undang
Macron memberi jaminan itu selepas kerajaannya berikrar untuk memperketatkan undang-undang rogol terhadap kanak-kanak.
Penderaan kanak-kanak: Lebih 35 peratus laporan libatkan seksual
Lebih 35 peratus daripada kes penderaan kanak-kanak Malaysia yang dilaporkan bagi tahun ini melibatkan jenayah seksual.
Indonesia tahan lelaki Perancis cabul lebih 300 kanak-kanak jalanan
Polis menemui banyak video di komputer riba miliknya menunjukkan suspek, Francois Camille Abello mencabul lebih daripada 300 kanak-kanak.