awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM mulakan siasatan dakwaan transaksi wang akaun pegawai kanan tentera
Pesawat Tentera Laut Mexico terhempas di Texas, lima maut, seorang hilang
Gangguan sistem penerbangan global jejas daftar masuk, naik pesawat di lapangan terbang Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanda mulakan program vaksinasi pertama

Agensi
Agensi
06/01/2021
12:00 MYT
Belanda mulakan program vaksinasi pertama
Seorang jururawat di sebuah pusat jagaan di pekan Veghel menjadi individu pertama disuntik vaksin Pfizer-BioNTech, lapor agensi. -Gambar fail
VEGHEL:Belanda mengikut langkah negara-negara Eropah yang lain dengan memulakan program vaksinasi COVID-19 pertamanya pada Rabu.
Langkah suntikan vaksin sulung negara tersebut bermula dengan staf rumah jagaan dan petugas barisan hadapan hospital.
Sanna Elkadiri, jururawat di sebuah rumah jagaan pesakit dementia di Veghel menjadi individu pertama menerima suntikan vaksin Pfizer-BioNTech.
"Ini adalah saat penting untuk saya, lebih-lebih lagi saya sendiri bertugas dalam sektor kesihatan.
"Saya ingin orang lain tahu betapa pentingnya kesedaran berkenaan suntikan vaksin ini khasnya mengenai keselamatan," katanya.
Kerajaan Belanda sebelum ini menerima kritikan kerana lambat memulakan program vaksinasinya berbanding negara Eropah yang lain.
Perdana Menterinya, Mark Rutte menjelaskan pihak berkuasa sebelum ini sibuk memberi tumpuan dalam persediaan menggunakan vaksin AstraZeneca.
Bagaimanapun katanya, vaksin tersebut belum mendapat kebenaran dari Kesatuan Eropah (EU) berbanding vaksin yang dicipta di Amerika Syarikat dan Jerman iaitu Pfizer dan BioNTech.
Belanda setakat ini mencatatkan hampir 12,000 kematian sejak virus tersebut dikesan di negara Eropah itu.
Topic Berkaitan
#Belanda
#suntikan vaksin
#COVID-19
#Pfizer-BioNTech
#AstraZeneca
#Kesatuan Eropah EU
#BioNTech
#Mark Rutte
#Perdana Menteri Belanda
#pandemik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan