Skip to main content

Dunia

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

81597583673_BAP.jpg
81597583673_BAP.jpg
Advertisement
ANTARA pelbagai berita antarabangsa yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Sabtu, 22 Ogos 2020.

1) COVID-19: 87 kes baru di Singapura, 12 kes import

Mengikut data ringkas dikeluarkan Kementerian Kesihatan Singapura (MOH), kesemua kes import telah dikenakan Notis Tinggal Di Rumah sebaik tiba di Singapura. 

2) COVID-19: Korea Selatan rekod kes tertinggi sejak Mac, tiga angka lebih seminggu 

Pusat Kawalan Dan Pencegahan Penyakit Korea (KCDC) melaporkan 397 jangkitan baru pada Ahad, menandakan kenaikan tiga angka setiap minggu melebihi seminggu. 

3) Kes COVID-19 di India melebihi tiga juta

Ia susulan daripada 10,339 kes baharu COVID-19 yang dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah kes meningkat kepada 3,044,940 kes. 

4) Victoria rekod 17 kematian, angka korban di Australia kini lepasi 500

Ketua Menteri Victoria, Daniel Andrews melaporkan lebih 20,000 individu telah diuji di Melbourne pada Sabtu walaupun cuaca kurang baik pada hari tersebut. 

5) COVID-19: Pengembara tiba di Rom perlu jalani ujian saringan mandatori 

Sebelum ini kerajaan mengumumkan, kesemua pengembara yang tiba di Itali dari Croatia, Greece, Malta dan Sepanyol perlu melakukan ujian saringan mandatori. 

6) Penyayang dan cepat bertindak, faktor pemimpin wanita lebih berjaya kendali COVID-19 - Kajian 

Itu dapatan satu kajian yang menunjukkan pemimpin dan ketua negara wanita lebih awal mengenakan perintah berkurung, sekali gus mengurangkan jumlah jangkitan dan kematian. 

7) Kanak-kanak 12 tahun ke atas perlu pakai pelitup muka seperti orang dewasa - WHO

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas harus memakai pelitup muka seperti orang dewasa untuk mengekang penularan COVID-19. 

8) Gunung Sinabung di Sumatera meletus, hamburkan abu satu kilometer 

Gunung Sinabung di Kepulauan Sumatera, Indonesia meletus hari ini, menghamburkan abu setinggi satu kilometer serta awan abu panas yang bergerak sejauh satu kilometer ke arah tenggara.

9) Takut diceraikan, ibu sanggup merelakan anak kandung dicabul suami 

Gara-gara takut diceraikan suami, seorang wanita tergamak membiarkan anak kandungnya dicabuli lelaki itu.

10) Soren, kucing buta bermata cantik, umpama galaksi

Seekor kucing yang tidak bermaya, kusut masai dan keletihan ditemukan dalam sebuah longkang, berhampiran rumah seorang wanita yang dikenali sebagai Roslyn.

Must Watch Video

Advertisement