Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Ahad, 30 Ogos 2020.
ANTARA pelbagai berita antarabangsa yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Ahad, 30 Ogos 2020.
Tiga pusat beli-belah di Jakarta Selatan memperkenalkan perkhidmatan personal shopper bermula Jumaat lalu sebagai satu usaha menggalakkan kembali industri peruncitan.
Pelanggan boleh memesan barangan dari Kota Kasablanka, Plaza Blok M dan Gandaria City melalui aplikasi WhatsApp.
Sebuah asteroid dengan diameter di antara 22 dan 49 meter akan berada hampir dengan Bumi pada Selasa ini.
Menurut tweet oleh Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), asteroid yang dinamakan sebagai ES4 itu akan melintasi Bumi pada ketinggian 72,420 kilometer, bersamaan dengan luas 792,000 padang bola sepak.
Seorang bapa dihukum penjara sembilan tahun selepas didapati bersalah memenggal leher anaknya di kediaman mereka pada 21 Mei lalu.
Dalam kejadian di daerah Talesh, Iran itu, Romina Ashrafi, 14, dibunuh ketika sedang tidur kerana didakwa cuba kahwin lari dengan seorang lelaki 15 tahun lebih tua daripadanya.
Semalam dunia dikejutkan dengan pemergian pelakon Hollywood yang popular dengan watak ‘Black Panther’, Chadwick Boseman.
Boseman, 43, meninggal dunia di Los Angeles akibat kanser usus.
Angka kematian akibat tragedi letupan di pelabuhan Beirut bulan ini meningkat kepada 190 orang dengan lebih daripaa 6,5000 lagi cedera, sementara tiga orang masih hilang, menurut kata kerajaan sementara negara itu pada Ahad.
Pihak berkuasa Lubnan sedang menyiasat apakah punca yang menyebabkan bahan peledak yang disimpan secara selamat sejak bertahun lepas tiba-tiba meletup.
Indonesia mencatatkan 2,858 kes positif baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan kes keseluruhan di republik itu berjumlah 172,053 kes setakat ini.
Berdasarkan data yang dimuat naik di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, www.covid19.go.id hari ini, sebanyak 82 lagi kematian dicatatkan dalam tempoh sama, menjadikan jumlah kematian keseluruhan kini 7,343 orang.
Kerajaan New Zealand tidak akan teragak-agak untuk menguatkuasa pemakaian pelitup muka secara mandatori di semua tempat awam pada masa akan datang.
Perdana Menterinya, Jacinda Ardern berkata, perkara itu akan dilaksanakan jika perintah sama gagal dipatuhi dalam pengangkutan awam yang dikuatkuasa Isnin ini.
Mahukah anda mendapat biasiswa dengan tidak perlu berbuat apa-apa?
Di Jerman, anda boleh memperolehnya.
University of Fine Arts di Hamburg membuka peluang kepada tiga pelajar baharu dari serata dunia untuk menjadi penerima biasiswa istimewa bernilai AS$1,900 (kira-kira RM8,000).
Sekurang-kurangnya 17 terbunuh dalam insiden runtuhan sebuah restoran dua tingkat pada pagi Sabtu.
Media tempatan China melaporkan 28 lagi cedera termasuk tujuh daripadanya parah dalam kejadian yang berlaku di daerah Xiangfen.
Sekurang-kurangnya beberapa buah rumah dan sebuah hotel di Estepona, terkesan berikutan kejadian kebakaran hutan sejak Sabtu lalu.
Sejak semalam, pihak berkuasa Sepanyol menggerakkan pelbagai aset untuk memadam kebakaran yang kini menghampiri bahagian pantai kawasan berkenaan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

