ANTARA pelbagai berita antarabangsa yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Ahad, 13 September 2020.
1) Beberapa individu ditahan anjur protes secara haram di Melbourne
Beberapa individu ditahan selepas menyertai tunjuk perasaan secara haram diadakan di beberapa kawasan di pusat bandar negara itu pada Ahad.
Tunjuk perasaan itu bagi membantah tindakan Australia melaksanakan perintah berkurung bagi mengekang penularan wabak COVID-19.
2) Trump sifatkan Biden calon terburuk dalam sejarah politik AS
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menyifatkan lawan politiknya Joe Biden sebagai calon terburuk dalam sejarah politik presiden negara itu.
Ini kerana, menurutnya, beliau lebih banyak melakukan perubahan dalam tempoh 47 bulan sebagai presiden berbanding Biden iaitu 47 tahun.
3) COVID-19: 49 kes baharu di Singapura, lapan kes import
Laporan awal Kementerian Kesihatan Singapura hari ini menunjukkan tambahan 49 kes baharu jangkitan COVID-19 di negara republik itu, dengan lapan daripadanya melibatkan kes import.
Menerusi data ringkas yang dikeluarkan hari ini, menurutnya semua kes import telah diberikan Notis Tinggal di Rumah sebaik tiba di Singapura, dan berdasarkan siasatan sehingga kini, hanya satu kes dikesan dalam komuniti yang melibatkan seorang pemegang pas kerja.
4) COVID-19: Lapan bulan ditinggalkan, penyu kesayangan tinggal rangka
Seorang pelajar di Wuhan yang baru kembali ke kampus selepas lapan bulan menemui haiwan peliharaannya dalam keadaan menyayat hati.
Penyu air tawar yang menjadi kesayangan, kini tinggal rangka.
5) Pakar virologi bakal dedah bukti COVID-19 berasal dari makmal China
Pakar virologi, Dr Li-Meng Yan umum akan mendedahkan data saintifik bagi membuktikan COVID-19 berasal dari makmal di Wuhan, China dan bukan dari pasar basah seperti didakwa kerajaan republik itu.
Malah, makmal berkenaan didakwa dikawal sepenuhnya oleh kerajaan China.
6) Pembangkang Maldives selar tindakan polis asing tahan peserta perhimpunan
Progresive Party of Maldives (PPM) dan People’s National Congress (PNC) mengutuk keras tindakan polis asing menahan lebih 40 peserta himpunan damai bermotosikal anjuran Gerakan Pemuda Patriotik Maldives di Male, Maldives.
7) COVID-19: Singapore Airlines bakal perkenal penerbangan 'tanpa hala tuju'
Umum mengetahui penularan wabak COVID-19 memaksa banyak negara ‘mengunci’ pintu sempadan daripada sebarang perjalanan keluar dan masuk, sekali gus menyebabkan tiada sebarang perjalanan rentas sempadan.
Tidak terkecuali, Singapura turut mengambil langkah memperketatkan undang-undang berkenaan perjalanan keluar dan masuk terhadap pendatang asing serta rakyat negaranya.
8) COVID-19: Ujian vaksin AstraZeneca-Universiti Oxford diteruskan semula
Ujian Vaksin COVID-19 yang dibangunkan syarikat farmaseutikal dan biofarmaseutikal AstraZeneca dan Universiti Oxford akan diteruskan semula.
Ia dihentikan baru-baru ini selepas pesakit di United Kingdom dikesan mengalami kesan sampingan.
9) COVID-19 ragut lebih 917,000 nyawa
Angka korban akibat jangkitan COVID-19 meningkat kepada lebih 917,000 kes.
Statistik Johns Hopkins University menunjukkan jumlah kematian global meningkat lebih 11,000 kes dalam tempoh 24 jam.
10) COVID-19: Kes jangkitan di seluruh dunia melebihi 28 juta
Jumlah kumulatif jangkitan COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi 28 juta kes. Ini disumbang oleh peningkatan angka jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam.
Khairunnisa Kasnoon
Sun Sep 13 2020

Berikut adalah antara berita luar negara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Proklamasi Darurat | Bukan sehingga kiamat
Proklamasi darurat oleh kerajaan bukan kerana Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin terlalu mengikut nafsu atau kehendak sendiri. Ini memandangkan proklamasi yang diperkenan Yang Di-Pertuan Agong itu, kata bekas Setiausaha Politik Tun Dr Mahathir Mohamad, Senator Muhammad Zahid Md Arip. ....tidak bersifat kekal dan akan berakhir juga apabila sampai masanya nanti.

Proklamasi darurat | Kesan kedegilan pimpinan politik
Sementara itu, rakyat sedar pengisytiharan darurat adalah kesan kedegilan pimpinan politik yang tidak akur kepada titah Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah supaya menghentikan "politiking". Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Terengganu, Badrolhisham Mohamed @ Shafie berkata ketidakstabilan politik negara yang dicetuskan pimpinan parti pembangkang dan sebahagian kepemimpinan Barisan Nasional secara berterusan telah menghalang Perdana Menteri memberi tumpuan penuh kepada pengurusan COVID-19.

Angkat Sumpah Biden | 25,000 tentera di Washington minggu depan
Berbaki hanya empat hari menjelang upacara angkat sumpah Joe Biden sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-46, lebih ramai anggota tentera dikerahkan ke Washington DC kerana menjangkakan situasi ganas seperti rusuhan di bangunan Capitol pada 6 Januari lalu akan berulang.

Gempa Sulawesi | Angka korban meningkat kepada 56
Angka korban akibat gempa bumi di Kepulauan Sulawesi, Indonesia pada Jumaat lalu meningkat kepada 56 orang pada Ahad. Menurut agensi bencana negara, lebih 820 yang lain cedera dan 15,000 ditempatkan di pusat pemindahan sementara susulan gempa berukuran 6.2 magnitud itu.

Segera adakan pemilihan parti - Pemuda UMNO Kota Raja
Menurutnya, pemilihan segera perlu dilakukan agar hala tuju parti dapat ditentukan oleh mereka yang dipilih.

DAP sedia kerjasama dengan Jawatankuasa Khas Bebas dengan syarat ketat - Guan Eng
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengisytiharkan darurat dalam usaha mengekang peningkatan jumlah jangkitan COVID-19.

"UMNO kini sudah berpecah tiga" - Annuar Musa
Perpecahan UMNO kepada tiga terdiri daripada kelompok kumpulan yang tolak Bersatu, yang berada di tengah-tengah dan yang terima Bersatu.

COVID-19: Warga Malaysia di Singapura antara terima vaksin
Kebanyakan mereka terima suntikan bekerja dalam sektor yang diberikan keutamaan.

Biar dilabel 'tali barut' Bersatu, Annuar Musa kekal pertahan UMNO
Pihak yang sengaja melemparkan tuduhan beliau tali barut Bersatu mempunyai agenda peribadi yang tersendiri, tegas Annuar Musa.

Operasi mencari penunggang motosikal jatuh longkang diperluas lebih 100 km
Mangsa dipercayai dihanyutkan arus deras dalam kejadian ketika hujan lebat.

Kekalkan tarikh pemilihan parti, tawarkan kepada rakyat pimpinan baharu - KP UMNO Pagoh
Keputusan pemilihan UMNO perlu bagi meyakinkan rakyat bahawa UMNO masih mempunyai barisan pemimpin yang berkaliber.

Pembinaan dewan masyarakat RM35 juta di Pagoh cetus persoalan
Pemeriksaan Astro AWANI mendapati dana itu diperuntukan untuk tiga projek dewan, dan menelan kos pembinaan sebanyak RM35,435,992.00.

Sidang media dalam talian, parti politik sambut baik cadangan NUJ
Parti politik menyambut baik cadangan Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) yang mencadangkan ahli politik mengadakan sidang media secara dalam talian.

Inilah Norma Baharu! Cara penyampai, wartawan Astro AWANI WFH
Ini cerita sebahagian daripada warga kerja Astro AWANI di era norma baharu.

Wujudkan Pusat Rujukan PDPR- PIBGN
PIBGN mencadangkan agar sebuah pusat rujukan Pengajaran Dan Pembelajaran di Rumah (PDPR) diwujudkan di setiap Jabatan Pendidikan.

Tiada keperluan tangguh peperiksaan SPM - PIBGN
PIBGN melihat tiada keperluan untuk meminda atau menangguhkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan peperiksaan utama lain.

Pengiklanan digital beri impak positif dalam pemasaran ketika PKP
Penggunaan iklan digital menerusi televisyen dan radio dapat memberi impak positif dalam jualan dan pemasaran sesebuah perniagaan di era norma baharu ketika ini.

PKP 2.0: Taska, tadika swasta perketat SOP selepas kerajaan benar beroperasi
Tinjauan Astro AWANI di beberapa taska dan tadika di Kuala Lumpur dan Selangor mendapati, tahap pematuhan SOP menjadi keutamaan.

Darurat kendurkan ketegangan politik, fokus pada COVID-19 yang semakin parah
100 peratus fokus kini dapat dihalakan kepada usaha memerangi penularan COVID-19 agar ia tidak menjadi lebih parah sekali gus memulihkan negara daripada kesan pandemik itu.

Biro Politik UMNO dijangka adakan mesyuarat tergempar petang ini
Biro Politik UMNO dijangka mengadakan mesyuarat tergempar di Menara Dato Onn, World Trade Centre di ibu negara pada jam 3 petang ini.