DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Berita luar negara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita antarabangsa yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Jumaat, 18 September 2020.
Indonesia mencatatkan 3,891 kes positif baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam, menjadikan kes keseluruhan di republik itu kini meningkat kepada 236,519.
Singapura dalam pengesahan awal hari ini melaporkan terdapat 11 kes baharu jangkitan COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu, dengan satu kes dalam komuniti.
Pesalah di Indonesia yang ditangkap kerana tidak memakai pelitup muka kini dipaksa menggali kubur bagi jenazah COVID-19 sebagai hukuman alternatif.
Jangkitan baharu COVID-19 di Republik Czech mengejutkan banyak pihak apabila buat kali pertama mencatatkan jumlah harian melebihi 3,000 kes pada Jumaat.
Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat (AS) dijangka akan mengeluarkan arahan larangan kepada rakyatnya untuk memuat turun aplikasi TikTok dan WeChat berkuatkuasa 20 September 2020 (Ahad).
Sekurang kurangnya tiga banduan terbunuh manakala tujuh lagi berjaya ditahan dalam insiden cubaan ratusan banduan melarikan diri dari penjara di Uganda.
Pengeluar pesawat, Boeing dan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) didapati bertanggungjawab ke atas dua nahas melibatkan pesawat 737 Max yang mengorbankan 346 penumpang dan anak kapal.
Jika di Malaysia terdapat ‘Raja Bomoh’ yang sering menimbulkan kontroversi dengan ramalannya, lain pula di Amerika Syarikat (AS) apabila tidak kurang ‘hebat’ dengan kemunculan seorang bomoh dari Peru.
Rupa-rupanya mitos yang mengatakan kononnya seekor ikan emas hanya mempunyai memori selama tujuh saat itu tidak benar!
Seorang doktor gigi dihukum penjara 20 tahun susulan tindakannya mencabut gigi pesakit sambil berdiri di atas 'hoverboard'.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami