ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Sabtu, 10 Oktober 2020.
1) Kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini lebih 36.71 juta
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 global kini melepasi 36.71 juta kes. Ini berikutan lebih ratusan ribu jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam.
2) COVID-19: Debat Presiden AS kedua dibatalkan
Debat Presiden kedua yang dijadual berlangsung pada 15 Oktober di antara Presiden Donald Trump dan seterunya daripada Parti Demokrat, Joe Biden telah dibatalkan oleh Suruhanjaya Debat Presiden (CPD).
3) 'The Beatles' mengaku tidak bersalah atas 8 tuduhan
Dua suspek warga Britain yang dipercayai terlibat dengan kumpulan militan Daish mengaku tidak bersalah atas lapan tuduhan di mahkamah di Virginia, Amerika Syarikat (AS).
4) COVID-19: 2 bilion dos vaksin diedar seluruh dunia pada akhir 2021
Sebanyak dua bilion dos vaksin COVID-19 akan dihasilkan dan diedarkan di seluruh dunia menjelang akhir 2021.
Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, sehingga kini, sebanyak 171 negara menyertai program penghasilan vaksin itu dan terbaharu penyertaan China dan Korea Selatan.
5) COVID-19: Kuarantin belum 10 hari, Trump sudah mahu kembali berkempen
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dilaporkan akan kembali berkempen selepas seminggu menerima rawatan akibat COVID-19.
6) Jokowi pertahan 'Omnibus Law', dakwa rakyat tidak dapat maklumat tepat
Meskipun protes semakin mengganas, Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) mempertahankan undang-undang cipta lapangan kerja (Omnibus Law) yang diluluskan Parlimen Isnin lalu.
7) Suami maut, isteri parah diserang anjing peliharaan
Seorang lelaki maut dan isterinya cedera parah selepas diserang anjing peliharaan mereka sendiri di sebuah rumah di Moses Lake, Washington, Amerika Syarikat (AS).
8) Bayi 10 bulan maut diperkosa bapa durjana
Seorang bayi berusia 10 bulan maut selepas diperkosa bapanya sendiri di Montgomery, Amerika Syarikat (AS).
9) Juara tinju Thailand maut digigit lipan raksasa
Bekas juara tinju Thailand, Dokmaipa Por Pongsawang, 52, dilaporkan maut selepas dipercayai digigit seekor lipan gergasi.
10) Wanita Indonesia ditahan di Filipina, disyaki rancang serangan bom bunuh diri
Seorang wanita Indonesia yang disyaki merancang serangan bom bunuh diri di selatan Filipina ditangkap dalam satu serbuan pada awal pagi Sabtu.
Astro Awani
Sat Oct 10 2020

Berikut adalah berita antarabangsa yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, 10 Oktober 2020.

COVID-19: JAWI anjur program Wilayah Persekutuan Bermunajat malam ini
JAWI memaklumkan, antara pengisian program itu adalah solat Hajat, zikir dan doa munajat bermula pada malam ini, selepas solat Maghrib.

AWANI Ringkas: Zahid Md Arip nafi dakwaan Dr Mahathir | Libatkan suara rakyat dalam Jawatankuasa Bebas Darurat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (1:00PM).

Proklamasi Darurat | Bukan sehingga kiamat
Proklamasi darurat oleh kerajaan bukan kerana Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin terlalu mengikut nafsu atau kehendak sendiri. Ini memandangkan proklamasi yang diperkenan Yang Di-Pertuan Agong itu, kata bekas Setiausaha Politik Tun Dr Mahathir Mohamad, Senator Muhammad Zahid Md Arip. ....tidak bersifat kekal dan akan berakhir juga apabila sampai masanya nanti.

Proklamasi darurat | Kesan kedegilan pimpinan politik
Sementara itu, rakyat sedar pengisytiharan darurat adalah kesan kedegilan pimpinan politik yang tidak akur kepada titah Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah supaya menghentikan "politiking". Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Terengganu, Badrolhisham Mohamed @ Shafie berkata ketidakstabilan politik negara yang dicetuskan pimpinan parti pembangkang dan sebahagian kepemimpinan Barisan Nasional secara berterusan telah menghalang Perdana Menteri memberi tumpuan penuh kepada pengurusan COVID-19.

Angkat Sumpah Biden | 25,000 tentera di Washington minggu depan
Berbaki hanya empat hari menjelang upacara angkat sumpah Joe Biden sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-46, lebih ramai anggota tentera dikerahkan ke Washington DC kerana menjangkakan situasi ganas seperti rusuhan di bangunan Capitol pada 6 Januari lalu akan berulang.

Gempa Sulawesi | Angka korban meningkat kepada 56
Angka korban akibat gempa bumi di Kepulauan Sulawesi, Indonesia pada Jumaat lalu meningkat kepada 56 orang pada Ahad. Menurut agensi bencana negara, lebih 820 yang lain cedera dan 15,000 ditempatkan di pusat pemindahan sementara susulan gempa berukuran 6.2 magnitud itu.

Segera adakan pemilihan parti - Pemuda UMNO Kota Raja
Menurutnya, pemilihan segera perlu dilakukan agar hala tuju parti dapat ditentukan oleh mereka yang dipilih.

DAP sedia kerjasama dengan Jawatankuasa Khas Bebas dengan syarat ketat - Guan Eng
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengisytiharkan darurat dalam usaha mengekang peningkatan jumlah jangkitan COVID-19.

"UMNO kini sudah berpecah tiga" - Annuar Musa
Perpecahan UMNO kepada tiga terdiri daripada kelompok kumpulan yang tolak Bersatu, yang berada di tengah-tengah dan yang terima Bersatu.

COVID-19: Warga Malaysia di Singapura antara terima vaksin
Kebanyakan mereka terima suntikan bekerja dalam sektor yang diberikan keutamaan.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Daripada pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 7 Januari 2021.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang Rabu