awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mengenai ‘hari bahagia’ dengan Bella Astillah, ini jawapan Syed Saddiq: "Soal ini adalah antara dua keluarga”
Leona rasa sudah tiba masa berumah tangga, doa agar jumpa jodoh tahun depan - “Ramai kawan dah kahwin, saya cemburu”
Myanmar jalankan pilihan raya pertama selepas lima tahun di bawah pemerintahan tentera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
08/03/2021
15:34 MYT
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 8 Mac 2021.
1) Lawatan PM ke Arab Saudi pulihkan hubungan, disambut meriah
Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, berkata keputusan Putera Mahkota Mohammed bin Salman untuk menyambut ketibaan Perdana Menteri secara peribadi di Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid adalah tanda jelas pengiktirafan terhadap Malaysia.
2) COVID-19: Thailand kurangkan tempoh kuarantin 7 hari bagi pelawat sudah divaksin
Menurut Menteri Kesihatan Thailand, vaksinasi itu perlu dilakukan dalam tempoh tiga bulan sebelum perjalanan mereka ke negara berkenaan.
3) Singapura tawarkan vaksin COVID-19 kepada pemandu lori kargo Malaysia terpilih
Kementerian Kesihatan Singapura hari ini menyatakan mereka akan menawarkan vaksin COVID-19 pada bulan ini, kepada pemandu dan pengiring lori kargo terpilih yang sering memasuki Singapura daripada Malaysia.
4) Jutawan Perancis, ahli politik Olivier Dassault maut nahas helikopter
Timbalan ketua parti konservatif Les Republicains (LR), Olivier Dassault, yang juga anak ahli perniagaan perindustrian Perancis Serge Dassault, terbunuh dalam nahas helikopter, tulis Presiden Emmanuel Macron di Twitter pada Ahad.
5) Wawancara Oprah: Diskriminasi terlampau, Meghan pernah terfikir untuk bunuh diri
Isteri Putera Harry dari kerabat diraja Britain, Meghan Markle mendedahkan beliau pernah berniat untuk membunuh diri ekoran tidak sanggup lagi berdepan diskriminasi dan sifat perkauman terlampau dalam sistem monarki keluarga diraja Britain.
6) Kahwin rahsia dan hampir bunuh diri, berikut pendedahan sensasi Meghan dan Putera Harry
Selepas dua tahun mendirikan rumah tangga, isteri kepada Putera Harry dari kerabat diraja Britain, Meghan Markle pada Ahad membuat pendedahan sensasi mendakwa tindakan oleh ahli keluarga suaminya menyebabkan beliau hampir membunuh diri.
7) Wawancara Oprah: Meghan dedah dia dan Putera Harry berkahwin lebih awal daripada tarikh rasmi
Isteri kepada Putera Harry dari kerabat diraja Britain, Meghan Markle terus membuat pengakuan mengejutkan apabila memaklumkan mereka telah berkahwin secara rahsia tiga hari sebelum upacara perkahwinan rasmi.
8) Kashmir mula usir pelarian Rohingya
Pihak berkuasa di Kashmir yang dikuasai India menghantar sekurang-kurangnya 168 pelarian Rohingya ke pusat tahanan.
9) Hari Komanwel: Ratu Elizabeth luah penghargaan terhadap barisan hadapan
Dalam titah sempena Hari Komanwel itu baginda turut menekankan kentingan penggunaan teknologi untuk kekal berhubungan dengan ahli keluarga.
10) Singapura bina ladang solar terapung
Negara berkenaan antara yang terkecil di dunia, namun ia antara negara yang mengeluarkan gas karbon dioksida paling tinggi per kapita di Asia.
Topic Berkaitan
#Arab Saudi
#Britain
#Rohingya
#India
#Singapura
#Kementerian Kesihatan
#perkahwinan
#Emmanuel Macron
#COVID-19
#pelarian
#bunuh
#maut
#presiden
#vaksin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan