DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin, 12 April 2021.
Kejadian pada Jumaat itu dipercayai berlaku selepas kanak-kanak berkenaan memasukkan jarinya ke dalam kandang monyet ketika mengunjungi sebuah zoo di Portugal.
Putera Harry tiba di UK untuk majlis pengebumian Putera Philip
2. Putera Harry tiba di United Kingdon pada Ahad bagi menziarahi serta menyertai majlis pengebumian datuknya Putera Philip yang mangkat Jumaat lalu.
Kelahiran anak kambing berwajah seperti manusia telah menggemparkan penduduk di sebuah kampung di Gujarat, India.
Sambutan awal Ramadan tahun ini dijangka sederhana susulan ancaman COVID-19.Namun, di Kaherah, Mesir, situasinya berbeza, meriah dan sesak.
Ia meliputi perintah berkurung pada waktu malam serta kawalan pergerakan ketat yang lain. Sebelum ini, beberapa kelonggaran dijangka diberikan pada 21 April ini termasuk membenarkan restoran dan bar kembali beroperasi.
Angka kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia turut mencatatkan peningkatan drastik selepas merekodkan lebih 20 ribu kematian. Ia menjadikan jumlah kumulatif kematian kini melebihi 2.93 juta kes.
United Kingdom sudah mengedarkan hampir 40 juta dos vaksin COVID-19 kepada penduduk di negara itu. Ia selepas pertambahan lebih 586 ribu dos baharu disuntik pada Ahad.
Pasukan petugas khas polis di Brazil menyerbu sebuah kelab malam di Sao Paulo dan mengusir hampir 100 orang susulan arahan larangan pesta diadakan semasa pandemik COVID-19 dikeluarkan.
Sektor runcit tidak penting di England kini sedang bersiap sedia untuk dibuka setelah berbulan-bulan tidak dibenar berbuat demikian akibat arahan sekatan COVID-19.
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 global kini melebihi 135.76 juta. Ini berikutan pertambahan lebih tujuh ratus ribu kes dalam tempoh 24 jam yang lepas.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami