ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis 22 April 2021.
1. SAR kapal selam Nanggala 402 makin mendesak, oksigen cuma bertahan 72 jam
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) krew kapal selam KRI Nanggala 402 yang dipercayai hilang dan kandas di perairan Bali, terus dipergiat lantaran bekalan oksigen kapal itu dijangka kehabisan pada Sabtu.
2. Kapal Selam Hilang | Australia bantu Indonesia sebaik mungkin
Australia akan membantu pencarian kapal selam Indonesia yang dilaporkan hilang pada Rabu. Menteri Luar Australia, Marise Payne telah menghubungi Menteri Pertahanan Indonesia, Prabowo Subianto dan berjanji untuk membantu dengan sebaik mungkin.
3. COVID-19: Singapura siasat jangkitan semula di asrama pekerja
Kementerian Tenaga Kerja Singapura memaklumkan, pihak berkuasa sedang menyiasat kemungkinan jangkitan semula COVID-19 di kalangan penduduk di asrama pekerja migran, setelah menemui kes positif di lokaliti tersebut.
4. TLDM bantu pencarian kapal selam TNI Indonesia
Malaysia akan turut membantu Indonesia dalam pencarian kapal selam milik Angkatan Laut Tentera Indonesia (TNI), KRI Nanggala 402, yang terputus hubungan dan hilang di perairan utara Pulau Bali.
5. Warga emas temui parang Rambo dalam sofa
Shirley McNally, 82, membeli sofa tersebut melalui sebuah iklan di Facebook pada bulan Mac tahun lepas, menurut laporan portal berita Southend Echo.
6. Bomba keluarkan ular sawa yang 'mengganggu' penduduk
Ular sepanjang tiga meter itu dilaporkan telah memasuki beberapa rumah penduduk melalui saluran paip di bilik air pada 26 Mac lepas, di Ciputar Raya, Indonesia.
7. Akses vaksin: Benarkan perjalanan luar negara bukan penyelesaian - PAHO
Membenarkan individu yang mempunyai sumber untuk melakukan perjalanan ke luar negara bagi mendapatkan vaksin bukan penyelesaian terbaik. Pandangan itu dilontarkan Pengarah Pertubuhan Kesihatan Pan Amerika (PAHO), Dr Carissa F. Etienne.
8. Konflik Myanmar: AS kenakan sekatan terhadap syarikat milik kerajaan
Amerika Syarikat pada Rabu kenakan sekatan baharu terhadap Myanmar dengan mensasarkan dua syarikat milik negara itu, Myanma Timber Enterprise dan Myanmar Pearl Enterprise.
9. EU pantau kecerdasan teknologi pintar, imbangi privasi
Kesatuan Eropah (EU) umum cadangan untuk memantau penggunaan teknologi kecerdasan buatan. Ini untuk memastikan kawalan ke atas penggunaan berisiko tinggi yang mampu mengancam keselamatan orang awam dan hak yang terlibat dalam pengecaman muka.
10. Vaksin COVID-19: EU sedia gunakan semula vaksin J&J
Negara di blok Kesatuan Eropah (EU) bersiap sedia untuk meneruskan penggunaan vaksin COVID-19 Johnson & Johnson dan mempercepatkan program vaksinasi. Ia selepas kawal selia ubat-ubatan negara berkenaan menyokong penggunaan vaksin itu.
Astro Awani
Thu Apr 22 2021

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Isu UMNO buka peluang kepada PN depani PRN - Azmin
Perikatan Nasional (PN) tidak menolak kemungkinan isu yang sedang didepani UMNO ketika ini membuka lebih peluang buat gabungan itu untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri nanti.

Projek Sakit | KPKT teliti lebih 500 projek rumah swasta terbengkalai
Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang meneliti lebih 500 projek perumahan swasta yang dikenal pasti sebagai projek 'sakit' dan terbengkalai di seluruh negara.

10 Berita Pilihan - (28 Januari 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Khairy Pecat | TMJ mungkin tawar jawatan kepada KJ
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim membayangkan kemungkinan menawarkan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif JDT FC dan Penasihat Orang Muda Johor kepada Khairy Jamaluddin. Perkara itu dinyatakan oleh pemilik kelab bola sepak JDT itu menerusi satu hantaran di Facebook rasmi HRH Crown Prince Of Johor, malam tadi.

Politik | Pemecatan dan penggantungan pemimpin UMNO ada kecacatan - Ismail Sabri
Terdapat kecatatan dalam proses pemecatan dan penggantungan beberapa pemimpin UMNO, kata Naib Presiden parti itu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 28 Januari 2023.

Amaran hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya di Pahang, Johor hingga Isnin
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya di Pahang dan Johor sehingga Isnin ini (30 Jan).

Elak kongsi maklumat operasi SJR di aplikasi Waze - Polis
Polis Kuala Lumpur menasihatkan orang ramai untuk tidak berkongsi maklumat operasi sekatan jalan raya (SJR) dilaksanakan pasukan itu menerusi aplikasi Waze.

Pembersihan UMNO | Ini bukan pengakhiran, hanya permulaan - Hishammuddin
Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan penggantungannya selama enam tahun daripada UMNO bukan lah satu pengakhiran. Sebaliknya, ahli Parlimen Sembrong itu dalam satu rakaman video memberi bayangan bahawa ia satu permulaan baharu. Beliau menambah, perbincangan akan dilakukan dengan kepimpinan UMNO Sembrong bagi melihat langkah seterusnya, hala tuju serta tindakan susulan penggantungan tersebut.

Serangan Tehran | Segera bawa ke muka pengadilan
Malaysia menggesa agar pelaku serangan bersenjata di Kedutaan Republik Azerbaijan di Tehran pada 27 Januari segera dibawa ke muka pengadilan.

Malaysia, Indonesia tandatangan MoU luaskan kerjasama pertahanan
MoU tersebut akan membolehkan kerjasama pertahanan antara Malaysia dan Indonesia diperluaskan merangkumi lima skop utama.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Indonesia mahu kukuhkan kerjasama pertahanan dengan rakan-rakan ASEAN
Kerjasama itu dapat membina keupayaan pertahanan, meningkatkan profesionalisme tenteranya dan menyokong dasar diplomasi luar.

Malaysia - Indonesia tandatangan MoU perkukuh kerjasama pertahanan awal 2022
MoU tersebut akan memfokuskan kerjasama pertahanan menyeluruh antara Malaysia dan Indonesia.

Perdana Menteri terima kunjungan hormat Prabowo
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerima kunjungan hormat Menteri Pertahanan Indonesia, Prabowo Subianto.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

SAR kapal selam Nanggala 402 makin mendesak, oksigen cuma bertahan 72 jam
Bekalan oksigen hanya mampu bertahan 72 jam, sekali gus memberi masa kepada pasukan SAR sehingga Sabtu pagi.

Jokowi umum barisan Kabinet Indonesia Maju 2019
Pengasas Gojek, Nadiem Makarim dilantik sebagai Menteri Pendidikan dan Kebudayaan manakala ketua parti pembangkang, Prabowo Subianto pula sebagai Menteri Pertahanan.

Prabowo Subianto bakal galas tugas sebagai Menteri Pertahanan?
Ketua Umum Parti Gerindra, Prabowo Subianto akui diberi mandat untuk menggalas tugas sebagai Menteri Pertahanan oleh Presiden, Joko Widodo.

Jokowi bawa Prabowo naik MRT
Dua pesaing politik itu bertemu di Stesen Lebak Bulus, Jakarta, pada jam 10 pagi Sabtu, sebelum bersama menaiki MRT dalam satu gerabak dan turun di Stesen Senayan.