ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 12 Mei 2021.

1. Korban COVID-19 di India sudah melepasi 250,000

Angka kematian COVID-19 di India pada Rabu kini mencecah 254,197 dengan jumlah kes melebihi 23 juta, menurut Kementerian Kesihatan. Sebanyak 4,205 lagi kematian dicatatkan sejak 24 jam lalu.

2. Operasi di Gaza akan diteruskan - Netanyahu

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu pada Selasa berkata operasi ketenteraan di Gaza akan diteruskan untuk satu jangka masa.

3. PBB 'sangat bimbang' keganasan Israel-Palestin

Pejabat Hak Asasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan berhubung keganasan yang memuncak di wilayah Palestin yang ditakluki, wilayah timur Baitulmaqdis dan Israel.

4. Palestin terus dihujani peluru, bom

Untuk mengulas mengenai situasi terkini di Palestin ini bersama kami di talian ialah saudara Zairulshahfuddin Zainal Abidin yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif, Islamic Relief Malaysia.

5. Konflik di Gaza: Angka korban rakyat Palestin meningkat kepada 30

Angka korban akibat pertempuran antara Israel dan Hamas meningkat kepada 33 orang pada awal Rabu.
Daripada jumlah itu, 30 adalah rakyat Palestin sementara bakinya tentera Israel.


6. COVID-19: Tenggiling terpaksa jalani ujian swab selepas menjadi kontak rapat

Ketika dunia dilanda penularan wabak COVID-19, bukan sahaja manusia, malah haiwan turut terpaksa menjalani ujian swab selepas dikesan menjadi kontak rapat seorang pesakit.

7. COVID-19: Thailand catat 1,919 kes baharu, 31 kematian

Thailand melaporkan 1,919 kes COVID-19 baharu dan 31 kematian dalam tempoh 24 jam terakhir, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara itu 86,924 dan 452 kematian setakat ini.

8. Gempa bermagnitud 5.8 gegar Filipina

Gempa bumi berkekuatan 5.8 pada skala Richter melanda wilayah Mindoro pada Rabu, menurut Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina (Phivolcs), lapor agensi berita Xinhua.

9. Aung San Suu Kyi akan tampil pertama kali di mahkamah pada 24 Mei

Pemimpin Myanmar yang digulingkan Aung San Suu Kyi akan muncul buat kali pertama sejak rampasan kuasa tentera di mahkamah khas di Naypyitaw pada 24 Mei.

10. COVID-19: Tidak cukup katil hospital, 18 pesakit di Osaka meninggal dunia di rumah

Semakin ramai rakyat Jepun dilaporkan meninggal dunia di rumah akibat jangkitan COVID-19, susulan masalah kekurangan katil di hospital di Osaka.