ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin 31 Mei 2021.

1. Pasangan di China akan dibenar mempunyai tiga anak

China bakal membenarkan pasangan untuk memiliki tiga anak sebagai sebahagian usaha menangani krisis penduduknya yang semakin tua.

2. Mavi Marmara | Israel perlu dikenakan tekanan dan sekatan ekonomi

Hari ini, sebelas tahun yang lalu, kapal Mavi Marmara yang dalam pelayaran membawa misi kemanusiaan ke Gaza diserang dan diceroboh tentera rejim Zionis Israel. 

3. Vaksin Sinovac kurangkan kadar kematian hingga 97 peratus di Uruguay

Kadar kematian akibat COVID-19 dalam kalangan penduduk Uruguay berumur 18-70 tahun yang sudah lengkap menerima dos vaksin CoronaVac turun sebanyak 97 peratus dalam tempoh 14 hari.

4. Tentera Israel tahan 19 wartawan Palestin

Pihak berkuasa penjajah baru-baru ini meningkatkan serangan terhadap wartawan dan kru media Palestin, terutama di kawasan Sheikh Jarrah di Baitulmaqdis yang diduduki.

5. Pelakon 'Tarzan' terbunuh dalam nahas pesawat

Pelakon siri televisyen yang popular dengan watak Tarzan di era 80- dan 90-an, Joe Lara dilapor terkorban dalam nahas pesawat bersama isterinya dan lima yang lain.

6. Lebih 112 juta tontonan dalam 24 jam, single Inggeris kedua BTS 'Butter' cetus fenomena

Single kedua ini sekali lagi mencipta fenomena apabila berjaya mengatasi rekod video muzik "Dynamite" apabila berjaya mencecah lebih 112 juta tontonan dalam tempoh 24 jam selepas dilancarkan di Malaysia.

7. Duta Ukraine ke Thailand meninggal dunia di resort

Andrii Beshta, 44 tahun, diisytiharkan meninggal dunia di Koh Lipe, Thailand. Menurut pihak berkuasa, anak lelakinya memaklumkan, sebelum pengsan, bapanya itu muntah dan kelihatan pucat.

8. Tiga suspek insiden kereta kabel terhempas dibebaskan dari penjara

Pemilik syarikat Luigi Nerini, ketua penyelenggaraan Enrico Perocchio, dan juruteknik servis Gabriele Tadini dibebaskan apabila hakim mendapati tiada bukti kukuh terhadap dua daripada mereka.

9. Kebakaran Kapal | Sri Lanka bakal saman pemilik kapal terbakar

Pihak berkuasa Sri Lanka bakal kenakan saman ke atas pemilik kapal kargo Singapura yang terbakar sejak 11 hari berturut-turut berhampiran pantai barat negara itu yang menyebabkan antara pencemaran marin terburuk.

10. Politik Myanmar | 120,000 jadi pelarian, 75 hilang di Myanmar

Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mendedahkan, pertempuran di Kachin, Kayin, Utara Shan, Chin dan Kayah, menyebabkan penduduk terpaksa melarikan diri selepas tentera menggulingkan kerajaan awam.