ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Jumaat 2 Julai 2021.

1. COVID-19: Jumlah kematian di India lepasi 400,000

ngka kematian COVID-19 di India melepasi lebih 400,000 orang pada Jumaat, kata Kementerian Kesihatan.
Dalam tempoh 24 jam, seramai 853 orang meninggal dunia, menambah jumlah kematian di negara ini kepada 400,312.


2. Tugu Peringatan Puteri Diana dirasmikan sempena ulang tahunnya ke-60

Tugu peringatan itu dibina atas permintaan William dan Harry pada 2017 ketika ulang tahun ke-20 kematian ibu mereka

3. COVID-19: Korea Selatan catat 800 kes harian, tertinggi sejak Januari

Beberapa hari sebelum kelonggaran sekatan berkuat kuasa, jumlah kes harian meningkat kepada 600 dan kemudiannya 800, minggu ini. Angka itu disebabkan oleh jangkitan kluster baharu dan penularan varian Delta yang cepat tersebar.

4. Vaksin COVID-19: Johnson & Johnson berkesan tangani varian Delta

Vaksin satu suntikan dikeluarkan Johnson & Johnson menunjukkan perlindungan yang kuat terhadap varian Delta dan mutasi lain yang muncul malah memberikan perlindungan terhadap jangkitan secara lebih luas.

5. Vaksin COVID-19 | Johnson yakin perjalanan dibenar selepas dua dos

Perdana Menteri Boris Johnson yakin warga britain yang diberi vaksin sepenuhnya terhadap COVID-19 akan dapat melakukan perjalanan ke luar negera tahun ini. Britain membenarkan perjalanan bebas kuarantin terhad pada bulan Mei dan Jun dan berusaha mendorong negara-negara Eropah yang lain untuk menerima pelancong Britain.

6. COVID-19 Global | Kes kematian di Rusia tertinggi selama tiha hari

672 kematian akibat COVID-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu di Rusia, sekali gus menjadikan negara itu mencatatkan kematian tinggi selama tiga hari berturut-turut. Rusia kini sedang bergelut untuk memerangi lonjakan kes kerana varian Delta dan diburukkan lagi dengan program imunisasi yang perlahan.

7. Gagal penuhi standard minimum, AS letakkan Malaysia Tier 3 mengenai Pemerdagangan Manusia

Menurut laporan yang dikeluarkan pada Khamis, Kerajaan Malaysia tidak memenuhi standard minimum berdasarkan Akta Perlindungan Mangsa Pemerdagangan 2000 (TVPA) AS.

8. Perintah Sekatan | Turki longgar hampir semua sekatan bermula Khamis

Turki melonggarkan hampir semua sekatan pandemik ke atas perniagaan dan acara, bermula Khamis. Kerajaan turut umum menarik semula perintah berkurung.

9. Konflik Myanmar: PBB desak junta tentera bebaskan Suu Kyi

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres mendesak junta tentera Myanmar membebaskan pemimpin dipilih, Aung San Suu Kyi dan Presiden Win Myint. Desakan itu dibuat selepas ribuan tahanan dibebaskan pada Rabu.

10. Firma milik Trump didakwa elak cukai

Firma milik bekas presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, didakwa pada Khamis atas kesalahan berkaitan mengelak cukai. Turut dihadap ke mahkamah, Ketua Eksekutif Kewangan syarikat Trump, Allen Weisselberg.