ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Jumaat 13 Ogos 2021.
1. COVID-19 | Petugas makmal dijangkiti mungkin mulakan virus
Seorang pegawai atasan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melahirkan kebimbangan tentang keselamatan bio makmal di Wuhan berdekatan dengan pasar di mana kes pertama manusia dijangkiti COVID-19 dikesan.
2. FDA Amerika | Suntikan penggalak untuk golongan berisiko
Suntikan penggalak vaksin COVID-19 diluluskan buat pertama kali di amerika syarikat, namun hanya untuk golongan berisiko yang mempunyai sistem imun yang lemah.
3. Taliban terus mara, kuasai bandar utama Kandahar, Herat
Taliban telah menawan dua lagi bandar utama Afghanistan pada Khamis, hanya beberapa minggu sebelum berakhirnya misi tentera Amerika Syarikat di negara itu.
4. Gempa bumi sederhana landa Mindanao
Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.4 pada skala Richter melanda Mindanao, Filipina pada 5.03 pagi tadi.
5. COVID-19 | Kes positif seluruh dunia kini melepasi 205 juta
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia ketika ini melepasi 205 juta kes Ini berikutan lebih 700 ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.
6. Konflik Afghanistan | PBB bimbang kemaraan taliban di Afghanistan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bimbang dengan kemaraan kumpulan Taliban di Afghanistan. Jurucakap Setiausaha Agung PBB, Stephane Dujarric berkata, pertempuran di kawasan bandar berpotensi membahayakan keselamatan orang awam.
7. Varian Delta: Lebih ramai kanak-kanak dijangka dijangkiti
Pakar penyakit berjangkit menjangkakan Amerika Syarikat bakal menyaksikan lebih ramai kanak-kanak dijangkiti COVID-19 Menurut Dr Anthoy Fauci, ia susulan penularan varian Delta yang lebih cepat menular yang kini dilaporkan di banyak negara di seluruh dunia.
8. Vaksin COVID-19 | Jumlah dos didaftarkan seluruh dunia: 4.56 bilion
Lebih 4.56 bilion dos vaksin COVID-19 sudah didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia sehingga pagi Jumaat Menurut data Johns Hopkins University, China kini mendahului dengan lebih 1.82 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan.
9. Ancaman Keselamatan | AS akan hantar tentera tambahan ke Kabul
Amerika akan hantar tambahan 3000 tentera untuk membantu mengeluarkan beberapa kakitangan daripada kedutaannya di Kabul. Menurut Jabatan Negara Amerika, tugas diplomatik akan diteruskan.
10. COVID-19 | Angka korban global melebihi 4.33 juta
Angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 4.33 juta Berdasarkan data johns hopkins university, amerika syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 619 ribu kes.
Astro Awani
Fri Aug 13 2021
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Kyrgyzstan keluarkan Taliban daripada senarai organisasi pengganas
Kyrgyzstan mengeluarkan Taliban daripada senarai organisasi yang diharamkan, menurut Kementerian Luar Kyrgyz pada Jumaat, lapor Xinhua.
Afghanistan siap sedia sambut Aidiladha meski berdepan cabaran ekonomi
Kadar pengangguran dan kemiskinan yang tinggi mengurangkan kuasa beli rakyat Afghanistan secara drastik, menyukarkan mereka untuk melaksanakan ibadah korban.
Tehran dakwa penjajahan asing sebagai punca utama masalah Afghanistan
Punca masalah dan cabaran Afghanistan ialah pendudukan negara itu sebelum ini dan kurangnya perhatian terhadap pembangunan ekonominya oleh bekas penjajah.
Pilihan raya Pakistan: Perkhidmatan rangkaian mudah alih digantung, sempadan ditutup
Pihak berkuasa Pakistan menggantung perkhidmatan mudah alih dan menutup sempadan dengan negara jiran Afghanistan dan Iran selepas insiden pengeboman.
150,000 wanita dan sektor kesihatan, hak tidak diabaikan - Menteri Kesihatan Awam Afghanistan
Seramai 150,000 wanita berkhidmat dalam sektor kesihatan Afghanistan ketika ini dengan pelbagai cabang kepakaran.
Afghanistan ketika ini 100 peratus aman - Menteri Kesihatan Awam Afghanistan
Situasi di Afghanistan jauh lebih baik berbanding 20 tahun lalu yang menyaksikan ratusan orang maut akibat peperangan.
Afghanistan perlu raih semula penghormatan untuk membangun - Penganalisis
Afghanistan perlu memecahkan persepsi negatif terhadap negaranya dan meraih semula penghormatan komuniti antarabangsa untuk membangun.
Genosid di Gaza hancurkan 'kredibiliti' pertubuhan dunia - Afghanistan
Afghanistan mengutuk sekeras-kerasnya rejim Israel itu kerana meneruskan pengeboman yang membunuh ratusan rakyat Palestin sejak jeda kemanusiaan tamat pada Jumaat.
Gempa bumi landa barat laut Afghanistan, 100 cedera
Sekurang-kurangnya 100 orang cedera selepas satu lagi gempa bumi kuat berukuran 6.3 pada skala Richter menggegarkan barat laut Afghanistan pada Ahad.
80 cedera dalam gempa bumi kuat di Afghanistan
Menurut penduduk tempatan, kebanyakan mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital.