ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Rabu, 18 Ogos 2021.

1. Taliban benarkan golongan wanita bekerja, mendapat pendidikan

Jurucakap Taliban di Afghanistan berikrar puak itu akan menghormati hak-hak wanita berdasarkan norma-norma Islam.

2. Majlis Hak Asasi PBB bakal adakan sesi khas mengenai Afghanistan

Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa mengumumkan akan mengadakan sesi khas pada 24 Ogos untuk membincangkan "masalah dan situasi hak asasi manusia yang serius di Afghanistan."

3. Angka korban susulan gempa bumi di Haiti meningkat kepada 1,941

Angka korban akibat gempa bumi yang melanda Haiti minggu lepas meningkat kepada 1,941 mangsa, pada awal pagi Rabu.

4. COVID-19: Cuba berdepan tekanan kekurangan bekalan oksigen

Cuba kini bergantung kepada bantuan ketenteraan untuk membekalkan oksigen.

5. COVID-19: Empat lagi kes baharu dicatat di New Zealand

New Zealand merekodkan empat lagi kes baharu COVID-19 selepas negara itu kuatkukasa perintah sekatan susulan penemuan satu kes baharu.

6. COVID-19: Perancis catat lebih 100 kematian baharu

Perancis merekodkan 111 kematian baharu akibat COVID-19 pada Selasa.

7. Hanya penerima vaksin COVID-19 boleh guna kemudahan bandar

Warga New York kini perlu menunjukkan bukti telah menerima vaksin sekurang-kurangnya satu dos sekiranya ingin memasuki premis tertutup.

8. Penunjuk perasaan koma terkena tembakan ketika sertai b

antahan di Bangkok


Seorang lelaki dilaporkan koma selepas disyaki terkena tembakan di kepala semasa menyertai tunjuk perasaan antikerajaan di Bangkok.

9. 2 rakyat Malaysia masih berada di Afghanistan

Suruhanjaya Tinggi Malaysia ke India yang turut ditauliahkan ke Afghanistan, mengesahkan dua rakyat Malaysia masih berada di Afghanistan.

10. Polio muncul kembali di Afrika

Kementerian Kesihatan Uganda pada Selasa mengesahkan wabak polio kembali melanda serta mengisytiharkan darurat kesihatan awam di negara itu, lapor agensi Anadolu.