ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 4 November 2021.

1. Diancam kepupusan, zoo di Indonesia giat biakkan biawak Komodo

Sebuah zoo di Indonesia giat membiakkan biawak Komodo sebagai usaha mengelakkan biawak terbesar di dunia itu daripada diancam kepupusan, lebih-lebih lagi dengan masalah perubahan iklim.

2. Separuh kanak-kanak di Gaza perlukan sokongan psikologi

Pengarah operasi UNRWA di Gaza, Thomas White menjelaskan bahawa 9,090 kanak-kanak baru-baru ini mengalami masalah tingkah laku dan trauma dan telah menerima sokongan psikologi.

3. Kes COVID-19 meningkat, Perancis wajibkan semula pemakaian pelitup muka

Sebelum ini, sekolah di 22 jabatan telah dikenakan arahan pemakaian pelitup muka pada bulan lepas, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 61 atau hampir separuh daripada wilayah Perancis.

4. Iran bakal sambung semula rundingan nuklear pada 29 November

Menurut Iran, isu penarikan sekatan dan pelaksanaan sepenuhnya pihak yang terlibat dengan JCPOA akan menjadi agenda utama rundingan itu.

5. Pelanggan restoran makanan segera mengamuk selepas diminta pakai pelitup muka

Dalam video yang dikongsi pemilik akaun TikTok @dreg21, lelaki berkenaan dilihat menghampiri seorang pekerja restoran berkenaan sebelum meninggikan suaranya. Dia kemudian memecahkan penghadang COVID-19 yang diletakkan di kaunter bagi memisahkan pelanggan dan pekerja.

6. Bapa terpaksa jual anak demi membeli makanan

Seorang bapa di Afghanistan terpaksa menjual anak perempuannya berusia 9 tahun untuk membeli makanan buat keluarganya. Parwana Malik dijual pada harga kira-kira AS$2,200 kepada seorang lelaki yang mendakwa dirinya berusia 55 tahun.

7. Gara-gara kerap bermain TikTok, suami nekad ikat kaki isteri dengan rantai panjang

Dalam video tersebut, si isteri kelihatan sedang duduk di ruang tamu rumahnya dengan keadaan kaki kirinya kelihatan diikat dengan satu rantai panjang.

8.  Boeing masih ada banyak perkara yang perlu dilakukan berkaitan 737 Max - FAA

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA) berkata, Boeing mempunyai lebih banyak kerja yang perlu dilakukan selepas pengeluaran pesawat jet 737 Max masih dalam penelitian susulan dua nahas yang mengorbankan 346 nyawa.

9. COVID-19: Eropah dalam fasa penting, wabak belum berakhir

Pesuruhjaya Kesihatan Eropah, Stella Kyriakides berkata, beliau bimbang tentang negara yang mempunyai liputan vaksin yang rendah dengan kes baharu semakin meningkat.

10. Pesawat terhempas di timur Rusia, 7 maut

Tujuh individu maut selepas pesawat dinaiki mereka terhempas ketiba cuba mendarat di timur Rusia pada Rabu. Pesawat kargo Belarus Grodno buatan Soviet itu terhempas dan terbakar berhampiran Irkutsk, timur Siberia.