ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 9 Disember 2021.

1. Afrika Selatan catat hampir 20,000 kes baharu dalam gelombang Omicron

Afrika Selatan melaporkan hampir 20,000 kes jangkitan COVID-19 baharu dan 36 kematian pada Rabu, suatu rekod sejak varian Omicron dikesan di negara itu, lapor Channel NewsAsia.

2. COVID-19: Dos penggalak Pfizer-BioNTech tingkat antibodi 25 kali ganda

Syarikat farmaseutikal Pfizer- BioNTech yakin pengambilan dos penggalak vaksin COVID-19 jenamanya mampu meningkatkan perlindungan terhadap varian Omicron.

3. New Zealand rancang larangan sepanjang hayat jualan rokok

Kerajaan New Zealand bercadang untuk mengenakan larangan ke atas generasi muda daripada membeli rokok sepanjang hayat mereka, dalam sebahagian daripada langkah paling tegas memerangi industri tembakau.

4. Olaf Scholz pengerusi mesyuarat kabinet pertama kerajaan baharu Jerman

Olaf Scholz tidak menunggu lama untuk mempengerusikan mesyuarat kabinet pertama selepas dilantik sebagai Canselor Jerman.

5. Vietnam jatuh hukuman penjara paling lama, 14 tahun, untuk penyeludup sumbu badak

Seorang penyeludup sumbu badak dihukum penjara selama 14 tahun pada Rabu, suatu tempoh paling panjang pernah dijatuhkan mahkamah Vietnam bagi jenayah itu.

6. Penyelam bersabung nyawa keluarkan wanita terperangkap dalam kereta di Niagara Falls

Seorang penyelam Pengawal Pantai Amerika Syarikat bersabung nyawa untuk mengeluarkan seorang wanita yang terperangkap di dalam sebuah kereta di Niagara Falls.

7. Lelaki Arab Saudi ditahan disyaki bunuh Jamal Khashoggi dibebaskan, berlaku 'kecelaruan' identiti

Seorang lelaki warga Arab Saudi yang ditahan selepas disyaki terlibat dengan pembunuhan kolumnis Washington Post, Jamal Khashoggi tiga tahun lalu, dibebaskan.

8. Tenggelam dalam lumpur panas Gunung Semeru, kucing putih ini dijumpai masih hidup

Tenggelam dalam lumpur panas Gunung Semeru, kucing putih ini ditemui masih hidup. Allah Maha Besar.

9. Selepas dua bulan 'berehat' tidak jaga berat badan, Shah Rukh Khan kembali ke gimnasium

Bintang popular Bollywood Shah Rukh Khan kembali aktif melakukan aktiviti kecergasan untuk filem terbaharunya, Pathan setelah 'berehat' lebih dua bulan susulan penahanan anak sulungnya, pada awal Oktober lalu.

10. Sesi luar biasa Menteri Luar OIC tumpu isu kemanusiaan, ekonomi di Afghanistan

Sesi Luar Biasa Majlis Menteri-menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Islamabad pada 19 Dis akan menumpukan isu kemanusiaan dan ekonomi Afghanistan selain mencari penyelesaian untuk krisis mendesak itu, kata Pesuruhjaya Tinggi Pakistan ke Malaysia Amna Baloch.