ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Rabu, 5 Januari 2022.

1. Jokowi sokong Kemboja sebagai Pengerusi ASEAN 2022

Presiden Indonesia Joko Widodo menzahirkan sokongan terhadap Kemboja sebagai Pengerusi Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) bagi 2022 menerusi perbualan telefon dengan Perdana Menteri Kemboja Hun Sen pada Rabu.

2. Kes Omicron bertambah, Thailand percepat dos penggalak

Ketika kes varian Omicron terus meningkat dan menular ke 54 wilayah di Thailand, Kementerian Kesihatan Awam negara itu menggesa orang ramai untuk mendapatkan suntikan penggalak bagi membendung penularan wabak itu.

3. COVID-19: Varian Omicron sumbang 95.4% kes di AS

Pusat Kawalan Penyakit dan Pencegahan Amerika Syarikat (CDC) anggarkan varian Omicron menyumbang 95.4 peratus kes di negara itu sehingga 1 Januari.

4. COVID-19: Biden minta rakyat lebih waspada ketika jumlah kes catat rekod baharu

Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden minta agar rakyatnya meningkatkan kewaspadaan ketika jumlah jangkitan COVID-19 negara itu mencatat rekod baharu.

5. WHO masih sarankan kuarantin 14 hari untuk pesakit COVID-19

Meskipun kebanyakan pesakit pulih dalam tempoh lima hingga tujuh hari sejak bermulanya simptom COVID-19, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) masih mengesyorkan kuarantin 14 hari, lapor Xinhua memetik seorang pegawai daripada organisasi itu dalam taklimat media pada Selasa.

6. Rakyat Palestin dalam penjara Israel akhiri 141 hari mogok lapar

Seorang warga Palestin yang ditahan di penjara Israel pada Selasa bersetuju untuk menamatkan mogok laparnya selama 141 hari selepas Israel memutuskan untuk membebaskannya, kata pegawai kanan Palestin bagi hal ehwal tahanan Qadri Abu Bakker kepada Xinhua.

7. Panama serah suspek pembunuhan Presiden Haiti kepada AS

Pihak berkuasa Panama pada Selasa menyerahkan kepada Amerika Syarikat seorang bekas anggota tentera Colombia yang disyaki terbabit dalam pembunuhan presiden Haiti, Jovenel Moise di Port-au-Prince pada 7 Julai, menurut Perkhidmatan Imigresen Nasional Panama.

8. Bintang "Snowdrop" Kim Mi Soo mati mengejut

Dunia hiburan Korea Selatan dikejutkan dengan khabar kematian salah seorang pemain drama bersiri popular, Snowdrop, Kim Mi Soo.

9. Telefon Pintar | Berakhirnya era Blackberry

Syarikat telefon pintar, Blackberry secara rasmi telah menghentikan sistem operasi peranti model keluarannya seperti Blackberry 10, 7.1 OS dan barisan keluaran sebelumnya bermula Selasa.

10. Wanita tertua di dunia sambut ulang tahun kelahiran ke-119, harap boleh cecah usia 120 tahun

Tiga hari lalu wanita tertua di dunia, Kane Tanaka meraikan ulang tahun kelahiran ke-119.