ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 14 Januari 2022.

1. Gempa bumi skala 6.7 gegarkan kepulauan Jawa

Gempa bumi bermagnitud 6.7 Richter menggegarkan Sumur, dekat Wilayah Banten, Indonesia sekitar jam 4 petang waktu tempatan pada Jumaat. 

2. Kemboja mula lancar vaksin dos penggalak keempat

Kemboja pada Jumaat melancarkan pemberian vaksin dos penggalak keempat terhadap kumpulan sasaran di ibu negara Phnom Penh berikutan varian Omicron telah menular dalam komuniti, lapor Xinhua.

3. Indonesia percepat pembangunan vaksin Merah Putih

Menteri Penyelaras Pembangunan Manusia dan Kebudayaan (PMK) Indonesia Muhadjir Effendy menggesa pihak berkuasa berkaitan mempercepatkan penghasilan vaksin Merah Putih, agar vaksin COVID-19 keluaran tempatan dapat digunakan segera.

4. Terbuka Australia 2022: Visa Djokovic sekali lagi dibatalkan

Kerajaan Australia sekali lagi membatalkan visa pemain tenis nombor satu dunia, Novak Djokovic, pada Jumaat.

5. Ibu negara baharu Indonesia: Ketua penguasa setaraf menteri, pembangunan seiring teknologi

Kerja pembangunan ibu negara baharu Indonesia di Penajam Paser Utara, Kalimantan Timur terus giat dijalankan.

6. Ratu Elizabeth ll lucut gelaran ketenteraan Putera Andrew

Permaisuri Britain Ratu Elizabeth Il telah melucutkan semua gelaran kehormat ketenteraan Putera Andrew dan peranan Dirajanya dalam badan amal dan kumpulan sivik lain.

7. Empat wanita Thailand tersenarai dalam 'Forbes 50 Over 50: Senarai Asia 2022'

Empat wanita Thailand menempa nama dalam Majalah Forbes 50 over 50: Senarai 2022 Asia.

8. Gabenor California tolak parol pembunuh Robert F. Kennedy

Gabenor California Gavin Newsom berkata beliau menolak permohonan parol Sirhan Sirhan, yang membunuh bekas calon presiden Robert F. Kennedy pada 1968, lapor Sputnik.

9. Los Angeles catat hampir 400 pembunuhan pada 2021, tertinggi dalam tempoh 15 tahun

Datuk Bandar Los Angeles Eric Garcetti pada Khamis memberitahu sidang akhbar terdapat hampir 400 pembunuhan berlaku di bandar raya kedua terbesar AS itu, yang paling banyak dalam tempoh satu tahun sepanjang 15 tahun lepas.

10. COVID-19: Anggota tentera ditugaskan bantu hospital di Wisconsin

Gabenor Wisconsin Tony Evers mengumumkan pada Khamis bahawa tentera kebangsaan negeri itu akan membantu mengisi kekurangan kakitangan di hospital dan di rumah penjagaan dalam beberapa minggu akan datang disebabkan lonjakan pesakit COVID-19.