DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 4 Mac 2022.
Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed Salman menyatakan dalam satu wawancara yang diterbitkan pada Khamis bahawa Israel sebagai bakal sekutunya yang berpotensi.
'Jika meletup, ia 10 kali lebih dahsyat daripada Chernobyl' - Loji nuklear terbesar Eropah terbakar
2. Satu kebakaran dilaporkan berlaku di loji nuklear terbesar Eropah di bandar Energodar, Ukraine selepas diserang dari segenap penjuru oleh tentera Rusia.
Malaysia memiliki banyak kepakaran dalam pelbagai sektor yang dilihat mampu membantu membangunkan semula negara Afghanistan.
Menteri Luar ASEAN menggesa gencatan senjata segera atau perjanjian pelucutan senjata dan pelanjutan dialog politik yang akan membawa kepada keamanan yang mampan di Ukraine.
Berdasarkan data John Hopkins University, terdapat pertambahan lebih 7,000 kes korban direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat COVID-19 global kini mencecah 5.98 juta kes.
Thailand perlu bersiap sedia dalam beberapa minggu lagi kerana pakar mengatakan pandemik COVID-19 dijangka memuncak pada pertengahan April.
Presiden Rusia, Vladimir Putin berkata pada Khamis bahawa kemaraan Moscow di Ukraine adalah mengikut rancangan yang telah ditetapkan.
Bantuan musim sejuk seberat lima tan yang diangkut dengan penerbangan khas dari Malaysia minggu lepas tertangguh selama lebih seminggu, sementara menunggu pelepasan daripada pihak berkuasa Taliban.
Malaysia mengambil pendirian wajar dengan meminta semua pihak dalam konflik Ukraine-Rusia menghentikan permusuhan dan mencari penyelesaian diplomatik, kata seorang penganalisis pengurusan krisis.
Lapangan terbang di pulau percutian Bali di Indonesia akan menghentikan sementara operasi penerbangannya selama 24 jam bermula 6 pagi Khamis sempena "Nyepi" (Hari Senyap).
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami