ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 30 Mac 2022.

1. [KOLUMNIS] Krisis Rusia-Ukraine: Untuk siapa genta bergema?

Sudah sebulan lamanya masa berlalu sejak Rusia menghina undang-undang antarabangsa dan merendahkan kesucian martabat Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan melancarkan perang secara kejam ke atas negara saya, Ukraine.

2. Kereta api diserang: Lapan maut, 26 cedera di Nigeria

Seorang pegawai di negeri Kaduna di utara Nigeria pada Selasa mengesahkan lapan penumpang terbunuh dan 26 yang lain cedera dalam serangan ke atas kereta api penumpang Kaduna-Abuja oleh sekumpulan lelaki bersenjata, lapor Xinhua.

3. COVID-19 | Menteri Kesihatan EU gesa sokong dos keempat

Menteri Kesihatan Eropah menggesa eksekutif blok itu menyokong suntikan dos keempat vaksin COVID-19 untuk individu yang berumur lebih daripada 60 tahun. Ini bagi meningkatkan imuniti sekiranya tiada vaksin yang melindungi secara khusus daripada varian Omicron.

4. COVID-19 | Sub-varian BA.2 Omicron kini dominan di A.S

Agensi Kesihatan Awam Amerika Syarikat berkata, sub-varian ba.2 Omicron dianggarkan menyumbang lebih daripada separuh varian koronavirus di negara itu. Kebangkitan semula kes COVID-19 di Asia dan Eropah telah menimbulkan kebimbangan bahawa gelombang lain mungkin menyusuli di Amerika Syarikat.

5. COVID-19 | A.S luluskan dos keempat untuk 50 tahun ke atas

Amerika Syarikat meluluskan penggunaan dos penggalak COVID-19 kedua daripada dua vaksin bagi individu berusia 50 tahun ke atas. Agensi Pentadbiran Makanan Dan Ubat-Ubatan (FDA) berkata, dos keempat itu akan menggunakan vaksin Pfizer dan Moderna serta diberikan sekurang-kurangnya empat bulan selepas dos sebelumnya.

6. COVID-19 | Kes positif global cecah 484 juta kes

Kes positif COVID-19 global kini cecah 484 juta kes. Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 80 juta kes.

7. Anak badak sumbu Sumatera berjaya dilahirkan dalam kurungan

Seekor anak badak sumbu Sumatera yang diancam kepupusan berjaya dilahirkan dalam program pembiakan dalam kurungan di sebuah Taman Negara Way Kambas, di Wilayah Lampung, Sumatera.

8. Krisis Ukraine-Rusia | Rusia terus mengganas, cuba tawan Mykolaiv

Sekurang-kurangnya tujuh maut dalam serangan terbaharu Rusia ke atas bangunan kerajaan di Mykolaiv, selatan Ukraine. Serangan ke atas bandar pelabuhan itu turut menyebabkan 22 individu cedera.

9. Ukraine-Rusia | Rusia dilapor kurangkan operasi ketenteraan

Rusia dilaporkan akan mengurangkan operasi ketenteraan di sekitar Kyiv dan bandar lain, namun Amerika Syarikat pula memberi amaran bahawa ancaman itu belum berakhir.

10. COVID-19 | Kes diharap tidak melarut hingga akhir Ramadan

Hong Kong terus dibimbangi dengan peningkatan jangkitan covid-19 varian Omicron. lebih-lebih lagi umat Islam ketika ini yang bakal menyambut ketibaan bulan Ramadan dalam beberapa hari sahaja lain. Di masjid Kowloon, Hong Kong, pihak pengurusan masjid ambil langkah waspada dengan mengenakan langkah keselamatan ketat dalam menangani penularan virus itu.