DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 18 Mei 2022.
Finland dan Sweden sah mengemukakan permohonan untuk menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) yang merupakan pakatan ketenteraan terbesar dunia. Setiausaha Agung NATO, Jens Stoltenberg pada Rabu mengesahkan dan mengalu-alukan permohonan itu yang digambarkan sebagai detik bersejarah.
COVID-19 | Korea Utara catat 62 kematian
2.Korea Utara merekodkan enam lagi kematian dan 232,000 pesakit yang melaporkan gejala demam. Ia sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kematian di negara itu kini sebanyak 62 kes setakat ini. Menurut angka rasmi, sekurang-kurangnya 691,000 pesakit masih menerima rawatan ketika ini.
Ratusan pendaki Gunung Everest melengkapkan pendakian puncak tertinggi dunia dan selamat turun pada Rabu. Antaranya termasuk seorang wanita Sherpa yang mencipta sejarah mencapai puncak setinggi 8,849 meter itu buat kali ke-10, iaitu jumlah tertinggi buat pendaki wanita.
Dasar luar China yang disifatkan media Barat sebagai "berubah menjadi agresif" menimbulkan kegusaran berhubung implikasinya terhadap negara-negara Asia Tenggara.
Tiada maklumat terkini dikeluarkan pasukan penyiasat insiden nahas pesawat Boeing 737-800 membabitkan penerbangan China Eastern MU5735 setakat ini.
Penyiasat dari Amerika Syarikat percaya seseorang di dalam pesawat China Eastern MU5375 dengan sengaja membuatkan ia terhempas sehingga mengorbankan kesemua 132 anak kapal dan penumpangnya, pada 21 Mac lalu. Wall Street Journal melaporkan, seorang individu atau juruterbang mungkin telah mengarahkan untuk Boeing 737-800 menjunam sehingga ia terhempas.
Hampir 13.2 juta kanak-kanak di Amerika Syarikat (AS) diuji positif COVID-19 sejak wabak itu melanda, menurut laporan terbaharu dikeluarkan Akademi Pediatrik Amerika (AAP) dan Persatuan Hospital Kanak-kanak pada Isnin.
Seorang petani di Venezuela, Juan Vicente Perez diiktiraf secara rasmi sebagai lelaki paling tua yang masih hidup, menurut Guinness World Records, pada Selasa.
Lebih daripada satu objek yang kelihatan seperti bola logam jatuh di beberapa buah kampung di negeri Gujarat, India baru-baru ini.
Kemenangan itu menyaksikan skuad kendalian Jurgen Klopp hanya ketinggalan satu mata di belakang Manchester City di puncak liga.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami