ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 11 Julai 2022.
1. Menteri Luar China adakan lawatan rasmi dua hari ke Malaysia
Menteri Luar China, Wang Yi akan mengadakan lawatan kerja dua hari ke Malaysia bermula hari ini.
2. Dilema ganja: Polis Thailand digesa banteras habis-habisan aktiviti jual beli di tempat awam
Timbalan Perdana Menteri Thailand yang juga Menteri Kesihatan Awam, Anutin Charnvirakul menggesa pihak polis negara itu menguatkuasakan undang-undang terhadap penjual ganja dalam usaha mengekang penyalahgunaan ganja di tempat awam termasuk di sekolah.
3. Krisis Sri Lanka | Gotabaya sahkan akan letak jawatan Presiden Sri Lanka
Pejabat Perdana Menteri Sri Lanka, Ranil Wickremesinghe, pada Isnin mengesahkan Presiden Gotabaya Rajapaksa sudah memaklumkan akan meletak jawatan pada Rabu.
4. Singapura turut nasihat rakyatnya tangguh perjalanan ke Sri Lanka
Singapura, seperti Malaysia, turut mengeluarkan panduan perjalanan untuk rakyatnya yang berhasrat melakukan perjalanan ke Sri Lanka agar menangguhkan hasrat itu untuk sementara waktu, menurut Kementerian Luar (MFA).
5. Kematian Shinzo Abe | Jasad Shinzo Abe tiba di kuil Zojoji
Jasad bekas pemimpin Jepun Shinzo Abe tiba di kuil Zojoji di Tokyo, menjelang upacara penghormatan di kediaman rasmi keluarga mendiang pada malam Isnin.
6. Legasi Shinzo Abe: PM Jepun akan terus usaha pinda Perlembagaan Jepun
Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida berikrar untuk terus mengusahakan pindaan Perlembagaan Jepun, sesuatu yang tidak dapat dicapai oleh mendiang Shinzo Abe walaupun bekas Perdana Menteri itu mempelopori usul tersebut.
7. Pembunuh Shinzo Abe uji senjata sebelum lakukan serangan
Pembunuh Shinzo Abe menguji senjatanya sebelum dia menembak mati bekas perdana menteri Jepun itu.
8. Sekurang-kurangnya 15 maut akibat serangan udara Rusia di wilayah Donetsk
Sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh dan lima lagi cedera akibat serangan udara Rusia di wilayah Donetsk, Ukraine.
9. Calon PM UK | 11 individu isytihar untuk bertanding
Perlumbaan untuk menggantikan Perdana Menteri Britain, Boris Johnson semakin rancak apabila tujuh lagi calon mengisytiharkan hasrat mereka untuk bertanding merebut jawatan itu.
10. Individu paling ramai pengikut di TikTok Khaby Lame dedah beragama Islam, hafal Al-Quran
“Ya saya seorang Muslim, dan saya hidup dengan mengamalkan ajaran Islam. Saya tidak tahu bagaimana lagi mahu menjelaskannya," kata Khaby Lame.