awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Xi Jinping hubungi Trump selepas perbincangan maya dengan Putin
141 kes buang sampah di bawah Akta 672 terima izin mendakwa - SWCorp
Selangor FC sahkan tempat ke separuh akhir Kejuaraan Kelab ASEAN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
08/08/2022
15:59 MYT
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 8 Ogos 2022.
1. Politik Colombia | Presiden baharu janji banteras keganasan, kemiskinan
Gustavo Petro, Presiden berhaluan kiri yang pertama dilantik di Colombia, mengangkat sumpah pada Ahad. Dalam ucapannya di Bogota, beliau berjanji untuk memperjuangkan agendanya iaitu untuk membanteras kemiskinan dan keganasan di negara itu.
2. Selat Taiwan | Australia, Latvia gesa 'suhu diturunkan'
Australia dan Latvia menyeru supaya ketegangan di Selat Taiwan dipulihkan. Menteri Luar kedua-dua negara membuat saranan itu dalam satu sidang media bersama selepas China melakukan latihan ketenteraan di sekeliling Taiwan untuk empat hari berturut-turut.
3. Sweden catat kadar kelahiran terendah sejak dua dekad
Kadar kelahiran pada musim bunga 2022 di Sweden mencapai tahap paling rendah dalam tempoh lebih dua dekad, menurut angka dikeluarkan oleh Statistics Sweden pada Ahad.
4. Israel-Gaza: Singapura seru gencatan senjata berpanjangan
Singapura pada Isnin menyeru semua pihak yang terlibat dalam serangan udara dan serangan roket di Israel dan Gaza untuk "menghentikan ketegangan dan keganasan terhadap orang awam serta berusaha ke arah gencatan senjata yang berpanjangan".
5. Pakistan, negara Islam lain kecam tindakan Israel serbu Masjid Al Aqsa
Pakistan dan negara Islam lain mengecam tindakan Israel menyerbu kompleks Masjid Al Aqsa di Baitulmaqdis Timur.
6. Gaza capai persetujuan gencatan senjata dengan Israel
Jihad Islam Palestin (PIJ) yang aktif di Semenanjung Gaza mengumumkan petang Ahad bahawa pihaknya telah mencapai persetujuan gencatan senjata dengan Israel.
7. Cacar Monyet | Ada tanda reda wabak di UK – UKHSA
Agensi Keselamatan Kesihatan United Kingdom (UKHSA) menyatakan terdapat 'tanda-tanda awal' wabak cacar monyet yang melanda seluruh negara kini sedang memperlahan. Pengarah Jangkitan Klinikal UKHSA, Dr. Meera Chand, berkata, walaupun data menunjukkan peningkatan wabak telah menurun, orang ramai digesa tidak leka.
8. Senat AS | Lulus AS$ 430 bilion, tangani iklim, turunkan harga ubat
Senat Amerika Syarikat meluluskan Rang Undang-Undang berjumlah 430 bilion dolar bertujuan menangani perubahan iklim, menurunkan harga ubat dan menaikkan beberapa cukai korporat. Ini sekaligus kemenangan besar bagi Presiden Joe Biden yang diharapkan oleh demokrat akan membantu peluang mereka untuk mengekalkan kawalan kongres dalam pilihan raya tahun ini.
9. Pelarian Rohingya: Bangladesh mohon kerjasama China
Bangladesh meminta kerjasama China bagi menghantar pulang pelarian Rohingya ke Myanmar.
10. Rundingan Perjanjian Nuklear hampir capai kata sepakat
Rundingan mengenai Perjanjian Nuklear 2015 dijangka mencapai kata sepakat dalam masa terdekat.
Topic Berkaitan
#berita pilihan
#Berita AWANI
#berita antarabangsa
#berita luar negara
#Colombia
#Australia
#Latvia
#Israel
#Gaza
#Masjid Al-Aqsa
#cacar monyet
#nuklear
#Rohingya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan