ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 16 September 2022.

1. China, Rusia komited saling menyokong dalam isu kepentingan bersama

China bersedia bekerjasama dengan Rusia untuk saling menyokong dalam isu melibatkan kepentingan bersama, kata Presiden China Xi Jinping ketika bertemu rakan sejawatnya dari Rusia, Vladimir Putin.

2. Biden tandatangani perintah eksekutif, jalankan kajian pelaburan asing dalam teknologi

Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden pada Khamis menandatangani perintah eksekutif untuk kajian mendalam berhubung pelaburan asing dalam bidang teknologi, terutamanya membabitkan cip dan rantaian bekalan.

3. Afghanistan kecam tindakan AS pindahkan AS$3.5 bilion aset beku ke dana Swiss

Kerajaan sementara Afghanistan mengecam keputusan Amerika Syarikat (AS) untuk memindahkan AS$3.5 bilion aset bank pusat Afghanistan ke sebuah entiti yang berpangkalan di Switzerland.

4. Banjir di Pakistan ragut hampir 1,500 nyawa

Banjir di Pakistan yang tidak pernah berlaku sebelum ini, menenggelamkan kawasan besar di negara Asia Selatan itu dan mengakibatkan hampir 1,500 orang terbunuh.

5. Media ASEAN-China media wajar promosi pembangunan bersama

Media ASEAN dan China digalakkan untuk memenuhi cabaran dalam era digital ini dengan mempromosi pembangunan bersama menerusi kerjasama bagi manfaat bersama untuk memastikan komuniti antarabangsa mendengar suara Asia dengan lebih jelas.

6. Krisis Rusia-Ukraine: 70 juta lagi bakal berdepan kebuluran

Pencerobohan Rusia ke atas Ukraine mengakibatkan terdapat pertambahan 70 juta orang bakal berdepan isu kebuluran.

7. 9 maut, 20 cedera rempuhan di konsert

Sekurang-kurangnya sembilan orang maut manakala 20 lagi cedera dalam kejadian rempuhan di konsert meraikan Hari Kemerdekaan Guatemala di bandar Quetzaltenango pada Khamis.

8. Pihak berkuasa Vietnam arah perniagaan di Hanoi Train Street ditutup

Pihak berkuasa di Vietnam telah mengeluarkan arahan penutupan sementara operasi salah satu daripada tarikan polular di Hanoi – 300 meter landasan kereta api yang di sepanjang jajarannya terdapat kafe, restoran dan kedai.

9. Fi, levi di Lapangan Terbang Changi disemak semula mulai 1 Nov

Singapura pada Khamis mengumumkan Fi Perkhidmatan dan Keselamatan Penumpang (PSSF) serta Levi Penerbangan (AL) yang dikenakan ke atas penumpang Destinasi Asal (OD), berlepas dari Lapangan Terbang Changi, akan dinaikan mulai 1 Nov, 2022.

10. Ratu Elizabeth II mangkat: Perak kibar bendera separuh tiang tiga hari

Perak akan mengibarkan bendera separuh tiang di seluruh negeri itu, selama tiga hari, bermula Sabtu, sempena kemangkatan Ratu Elizabeth II.