DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 26 September 2022.
Pound British jatuh hampir tiga peratus berbanding dolar US pada pagi Isnin dan mencecah rekod paras terendah dalam dagangan awal, menurut data dagangan.
13 maut, puluhan cedera ditembak secara rambang di sekolah
2. Seorang lelaki bertindak melepaskan tembakan ke sebuah sekolah di bandar Izhevsk, di sini, mengakibatkan sekurang-kurangnya 13 orang maut dan puluhan cedera, hari ini.
NASA akan sengaja 'menghempaskan" sebuah kapal angkasa ke asteroid pada 7.14 malam waktu tempatan (1214GMT) pada Isnin, dalam misi pertama seumpamanya untuk melindungi Bumi.
Miftah Ismail yang sebelum ini dilantik sebagai Menteri Kewangan di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif, mengumumkan peletakkan jawatannya.
Lima anggota penyelamat terkorban dan seorang lagi hilang selepas Taufan Noru melanda Filipina, pada Ahad.
Menjelang hari pengebumian bekas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe pada Selasa. Naib Presiden Amerika Syarikat, Kamala Harris tiba di Tokyo dan akan mengetuai delegasi Amerika Syarikat untuk upacara pengebumian.
Ulama tersohor dunia kelahiran Mesir, Prof Yusuf al-Qaradawi menghembuskan nafas terakhir hari ini pada usia 96 tahun.
Enam askar, termasuk dua mejar, terbunuh dalam nahas helikopter tentera Pakistan di wilayah Balochistan pada Ahad malam.
Golongan petani dan pihak berkuasa di Pakistan beri amaran bahawa negara itu mungkin berdepan krisis makanan berikutan kerajaan kekurangan dana dan harga makanan melambung di peringkat global.
Pakatan berhaluan kanan diketuai parti Brothers of Italy pimpinan Giorgia Meloni mempunyai peluang yang cerah memenangi majoriti kukuh dalam Parlimen akan datang.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami