DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 1 Oktober 2022.
Lembaga Eksekutif Pertubuhan Islam Nahdlatul Ulama (PBNU), Ahmad Fahrur Rozi memaklumkan waris mangsa yang terlibat dalam insiden yang berlaku di Stadium Kanjuruhan, Malang, Indonesia akan diberikan wang pampasan.
Indonesia bakal isytihar pandemik COVID-19 berakhir - Jokowi
2. Presiden Indonesia Joko Widodo menjelaskan penyebaran wabak berkenaan semakin reda.
Palestin pada Ahad menggesa komuniti antarabangsa memastikan Israel bertanggungjawab secara langsung terhadap peningkatan keganasan ke atas rakyat Palestin di Tebing Barat.
Mangsa yang terselamat dalam tragedi bola sepak Hillsborough mengirimkan mesej tanda simpati kepada waris mangsa kejadian yang berlaku di Stadium Kanjuruhan, Sabtu malam.
Persatuan Penyokong Bola Sepak Lampung berkumpul dalam acara penghormatan terakhir sebagai tanda memperingati mangsa tragedi di Stadium Kanjuruhan, Malang, Jawa Timur, malam tadi.
Sekurangnya-kurangnya 83 orang terkorban berikutan Taufan Ian yang melanda Florida di Amerika Syarikat Rabu lepas.
Pemimpin rampasan kuasa tentera pada Jumaat di Burkina Faso, Kapten Ibrahim Traore, dinamakan sebagai pemerintah baharu negara itu pada Ahad dalam satu pengumuman yang dibuat di televisyen tempatan.
Sekurang-kurangnya 92 penunjuk perasaan maut dalam rusuhan yang tercetus susulan kematian Mahsa Amini selepas ditahan polis di Tehran, Iran.
Timbalan Gabenor Jawa Timur mengesahkan angka kematian akibat rusuhan pada perlawanan bola sepak di wilayah Jawa Timur Indonesia pada Sabtu itu, adalah seramai 125 orang.
Presiden Brazil yang juga calon pilihan raya, Jair Bolsonaro menjangkakan kemenangan menentang seteru politiknya iaitu bekas Presiden, Luiz Inacio Lula Da Silva. Menurutnya, beliau akan meraih kemenangan pada pusingan pertama.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami