ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 18 Oktober 2022.
1. Australia tarik balik keputusan iktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel
Australia pada Selasa menarik balik keputusan mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel oleh kerajaan terdahulu.
2. Stadium Kanjuruhan bakal dirobohkan
Indonesia merancang untuk merobohkan Stadium Kanjuruhan yang menjadi menjadi saksi kepada ratusan nyawa peminat bola sepak terkorban dan ratusan cedera dalam kejadian rempuhan pada awal Oktober.
3. 2 pelancong Sepanyol maut akibat kemalangan belon udara panas di Cappadocia
Dua pelancong Sepanyol terbunuh manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan belon udara panas di Cappadocia, Turkiye pada Selasa, menurut pihak berkuasa tempatan.
4. Syarikat Eurostar batal beberapa perkhidmatan kereta api di seluruh Perancis akibat mogok
Syarikat kereta api terkemuka Eropah Eurostar yang menghubungkan United Kingdom (UK) dengan Perancis, Belgium dan Belanda pada Selasa membatalkan beberapa perkhidmatannya berikutan mogok yang dianjurkan kesatuan sekerja Perancis di seluruh negara bagi menuntut kenaikan gaji di tengah-tengah peningkatan kos sara hidup.
5. Tujuh maut helikopter meletup
Tujuh penumpang termasuk seorang juruterbang terbunuh dalam nahas helikopter yang membawa penumpang dari lokasi keagamaan ‘Char Dham Yatra’ terhempas berhampiran Kedarnath di daerah Rudraprayag, Uttarakhand, India hari ini.
6. Pesawat pejuang Rusia terhempas di kawasan kediaman, 4 terkorban
Sekurang-kurangnya empat terkorban manakala 25 yang lain cedera selepas sebuah pesawat tempur rusia terhempas di kawasan kediaman sebuah bandar pelabuhan di sini.
7. Modenisasi ala China sesuai dengan keadaan di China - Xi Jinping
Modenisasi ala China yang berakar umbi di China sesuai dengan keadaan negara ini, kata Presiden China Xi Jinping ketika menghadiri sesi perbincangan delegasi Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi bagi Kongres Kebangsaan ke-20 Parti Komunis China (PKC) pada Isnin.
8. Jepun bakal bekukan aset lima pertubuhan Korea Utara
Jepun bakal mengenakan sekatan baharu terhadap Korea Utara dengan membekukan aset lima pertubuhan Korea Utara, lapor Sputnik memetik Ketua Setiausaha Kabinet Jepun Hirokazu Matsuno.
9. PM UK Liz Truss mohon maaf atas kesilapan
Perdana Menteri Britain, Liz Truss memohon maaf susulan pengumuman belanjawan mini baru-baru ini telah memberikan kesan kepada pasaran kewangan.
10. 283 maut dalam tempoh 3 hari, kes pembunuhan di Mexico terus meningkat
Mexico mencatatkan 283 kes pembunuhan dalam tempoh tiga hari lepas, menurut pihak berkuasa pada Isnin.
Astro Awani
Tue Oct 18 2022
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Usul bahas laporan RCI Batu Puteh bukan untuk dakwa mana-mana pihak - Azalina
Perbahasan laporan RCI bagi membolehkan kerajaan mengambil cadangan serta keputusan untuk memperbaiki kelemahan berkaitan kes berkenaan.
Kastam gagalkan penyeludupan dadah lebih setengah juta ringgit
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menggagalkan cubaan menyeludup dadah selepas merampas 233.14 kilogram (kg) daun khat, kanabis, dan methamphetamine dianggarkan bernilai RM546,708.
Pertumbuhan industri tenaga bersih dijangka kurangkan tumpuan kuasa besar ke atas Syria - Pakar
Penganalisis Geopolitik dan Hubungan Antarabangsa, Dr. Zokhri Idris berkata pertumbuhan industri kenderaan elektrik (EV) dan tenaga bersih dijangka akan mengurangkan campur tangan kuasa-kuasa besar di Asia Barat secara umum dan Syria khasnya. Jelasnya, kebergantungan yang semakin menurun terhadap sumber petroleum dan gas asli akan menjurus kuasa-kuasa besar untuk memberi tumpuan kepada persaingan teknologi. #DialogTigaPenjuru
HTS perlu perkenalkan identiti bangsa, menggantikan Baathisme - Pakar
Presiden International Movement for a Just World (JUST), Dr. Chandra Muzaffar berkata kerajaan baharu Syria pimpinan Hayat Tahrir al-Sham (HTS) perlu mencapai kata sepakat mengenai identiti dan ideologi baharu bangsa itu. Jelasnya, aliran Baathisme yang di bawa oleh rejim Assad yang berakar di Syria jelas mempunyai kelemahan tersendiri. #DialogTigaPenjuru
Bantuan disalur menerusi Sarawak Pay, bukan tunai
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) akan disalurkan melalui akaun Sarawak Pay sebagai langkah membantu golongan sasaran mendapatkan keperluan asas dengan lebih berkesan. #AWANInews
Kes Wan Saiful: Lebih RM900,000 dimasukkan ke akaun bank tiga syarikat
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu wang berjumlah RM976,380 dimasukkan ke dalam akaun bank tiga syarikat menerusi lima transaksi, dua tahun lepas.
Kerajaan baharu Syria perlu selesaikan isu pelarian dalaman - Pakar
Profesor Pengajian Keselamatan dan Strategik Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Prof. Dr. Mizan Mohammad Aslam berkata isu 6.9 juta pelarian dalaman perlu diberikan tumpuan oleh kerajaan baharu Syria. Jelasnya, ini merupakan antara cabaran besar yang bakal menguji keupayaan kerajaan baharu pimpinan Hayat Tahrir al-Sham (HTS). #DialogTigaPenjuru
Titah Adendum: 'Saya tidak dendam dengan Najib, saya PM kena adil' - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak berdendam dengan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung isu Lembaga Pengampunan dan titah adendum.
Langgar bon parti: PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Saifuddin akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar oleh Zuraida daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
Orang Pengerang nak cari ikan dah kena halau - Azalina
"Orang Pengerang nak cari ikan dah kena halau dengan kerajaan, agensi maritim Singapura," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 9 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 7 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 6 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 5 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.