awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
21/02/2023
15:59 MYT
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 21 Februari 2023.
1. Tiga maut, 213 cedera dalam gempa terbaharu di Turkiye
Menteri Dalam Negeri Turkiye, Suleyman Soylu mengumumkan sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh manakala 213 lagi cedera dalam gempa bumi terbaharu yang melanda selatan negara itu pada Isnin.
2. Gempa Turkiye: Pelajar di 93 sekolah dipindah ke bangunan tahan gempa
Pejabat Gabenor Istanbul mengumumkan pelajar di 93 sekolah akan dipindahkan ke lokasi lain pada semester musim bunga bermula semalam.
3. PBB, AS sedia beri bantuan tambahan selepas dua lagi gempa bumi landa Turkiye
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres pada Isnin berkata badan dunia itu bersedia memberikan bantuan tambahan selepas dua lagi gempa bumi menggegarkan Hatay di wilayah selatan Turkiye.
4. Rusia-Ukraine: Krisis tenaga terus meruncing, tenaga boleh diperbaharui semakin jadi pilihan
Krisis tenaga global dilihat bertambah buruk selepas ketegangan antara Rusia di Ukraine terus berlanjutan sejak setahun lalu.
5. Setahun Perang | AS-Ukraine setuju perang mesti ditamatkan tahun ini
Presiden Volodymyr Zelenskyy dalam ucapan harian pula berkata, Ukraine dan Amerika Syarikat bersetuju bahawa Rusia mesti dikalahkan pada tahun ini.
6. 34 negara mahu atlet Rusia, Belarus dilarang sertai Olimpik 2024
Tuan rumah Sukan Olimpik 2024, Perancis adalah antara 34 negara yang meminta Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) melarang atlet Rusia dan Belarus menyertai temasya sukan itu.
7. Indonesia naikkan bayaran haji 70 peratus, jemaah Malaysia perlu bersedia
Keputusan Indonesia meningkatkan bayaran haji lebih 70 peratus bagi tahun ini memberi bayangan jelas peningkatan kos haji adalah situasi yang tidak dapat dielak dan bakal jemaah negara ini disaran untuk bersedia dalam mendepani kenaikan harga ibadah itu.
8. Korban akibat banjir di Brazil meningkat kepada 40 orang
Angka kematian akibat hujan lebat di tenggara Brazil meningkat kepada 40 orang pada Isnin.
9. Tren ditempah terlalu besar, pegawai kanan pengangkutan Sepanyol letak jawatan
Dua pegawai kanan pengangkutan Sepanyol meletak jawatan pada Isnin selepas 31 tren komuter yang ditempah didapati terlalu besar dan tidak muat melalui terowong.
10. Pencabulan hak asasi: EU laksana sekatan baharu ke atas junta Myanmar
Kesatuan Eropah (EU) melaksanakan pakej sekatan keenam terhadap junta tentera Myanmar kerana pencabulan hak asasi manusia, lapor Agensi Anadolu.
Topic Berkaitan
#berita antarabangsa
#berita pilhan
#Berita AWANI
#Astro Awani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan