ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 18 Mac 2023.

1. Helikopter terhempas di Brazil, 4 maut

Empat orang terbunuh selepas helikopter yang mereka naiki terhempas di sebatang jalan di Sao Paulo, Brazil pada Jumaat, menurut Jabatan Bomba.

2. UK desak China minta Rusia undur tenteranya dari Ukraine

United Kingdom pada Jumaat menggesa China menangguhkan lawatan Presiden Xi Jinping ke Moscow minggu depan bagi menggalakkan Presiden Vladimir Putin mengundurkan tenteranya dari Ukraine.

3. Waran ICC terhadap Putin adalah 'wajar' - Biden

Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden berkata waran tangkap yang dikeluarkan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) terhadap Presiden Rusia Vladimir Putin adalah wajar.

4. Meta lancar perkhidmatan berbayar untuk Facebook, Instagram

Meta hari ini mengumumkan bahawa ia melancarkan perkhidmatan pengesahan berbayar untuk Instagram dan Facebook, dengan bayaran bulanan.

5. 14 terkorban bumbung stor kentang runtuh

Sekurang-kurangnya 14 orang maut selepas bumbung kemudahan penyimpanan kentang di Uttar Pradesh utara India runtuh, kata seorang pegawai pada Jumaat.

6. Tak pakai baju, tiada lesen, Bali bakal kuat kuasa larangan pelancong sewa motosikal

Pulau peranginan terkenal dunia, Bali akan menguatkuasakan undang-undang melarang pelancong menyewa motosikal di pulau berkenaan.

7. Burundi isytihar wabak polio

Pihak berkuasa kesihatan di Burundi pada Jumaat mengesan lapan sampel polio, secara rasmi mengisytiharkan wabak pertama di Afrika dalam tempoh lebih 30 tahun.

8. Duta Ukraine di PBB cadang lanjutkan Inisiatif Bijirin Laut Hitam

Ukraine pada Sabtu menyuarakan sokongan melanjutkan Inisiatif Koridor Bijirin Laut Hitam untuk sekurang-kurangnya 120 hari lagi, lapor Agensi Anadolu.

9. Bekas PM Pakistan Imran Khan bimbang ditahan

Bekas Perdana Menteri Pakistan Imran Khan yang dijadual hadir di mahkamah Islamabad pada Sabtu mendakwa kerajaan cuba menahannya bagi menghalang beliau mengambil bahagian dalam pilihan raya.

10. Lawatan Presiden Singapura ke Malaysia mulai Isnin suntik momentum positif hubungan dua hala

Lawatan rasmi Presiden Singapura Halimah Yacob selama tiga hari ke Malaysia bermula Isnin (20 Mac) ini, bakal menyuntik lagi momentum positif dalam hubungan dua hala kedua-dua negara.