Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 17 Mei 2023.

1. Lebih 400 maut akibat Siklon Mocha di Rakhine, Myanmar

Lebih 400 orang maut di negeri Rakhine Myanmar akibat Siklon Mocha, yang melanda kawasan pantai antara daerah Cox's Bazar di Bangladesh dan pekan Kyaukpyu Myanmar.

2. 39 kru hilang selepas kapal nelayan China karam di Lautan Hindi

Kapal nelayan dimiliki oleh syarikat China, Penglai Jinglu Fishery Co Ltd karam pada kira-kira pukul 3 pagi Rabu (19:00 GMT).

3. Keputusan rayuan kes rasuah bekas Presiden Perancis Sarkozy akan diumumkan Rabu

Keputusan membabitkan kes rayuan bekas presiden Perancis Nicolas Sarkozy terhadap sabitan rasuah dan menjaja pengaruh akan diumumkan pada Rabu.

4. Laporan AS tentang kebebasan beragama berdasarkan 'fahaman yang salah'

Kerajaan India menolak kajian dari Amerika Syarikat yang menyatakan keganasan terhadap agama minoriti di negara itu berasaskan "pemahaman yang salah."

5. Perkhidmatan kereta api tergendala ayam terlepas di landasan

Rakaman video menunjukkan bekalan elektrik ditutup di salah satu stesen perkhidmatan Metro bagi membantu usaha menangkap haiwan itu.

6. Kerajaan AS disaran kawal selia operasi AI

Sam Altman desak penggubal undang-undang Amerika Syarikat untuk mengawal selia AI termasuk melaksanakan audit ke atas firma-firma AI.

7. Ukraine, Rusia bersemuka pada Jun di ICJ berhubung MH17

Ukraine dan Rusia akan bersemuka di hadapan mahkamah tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 6 Jun.

8. Cucu saudara isteri Presiden Perancis Brigitte Macron diserang

Sejumlah lapan individu ditahan selepas cucu saudara isteri Presiden Perancis, Brigitte Macron diserang pada Isnin. Kejadian berlaku susulan ucapan Emmanuel Macron yang disiarkan di satu stesen televisyen.

9. Liga Juara-Juara: Masalah pengangkutan ganggu Real Madrid

Real Madrid mahu mengetepikan isu kelewatan di lapangan terbang untuk tiba di Stadium Etihad dalam suasana santai menjelang aksi separuh akhir kedua Liga Juara-Juara menentang Manchester City.

10. Ronaldo hidupkan peluang Al Nassr

Ronaldo menghidupkan semula harapan tipis Al-Nassr untuk memenangi gelaran Liga Pro Saudi pada musim pertamanya di kelab itu selepas menjaringkan penalti dalam kemenangan 2-0 ke atas Al-Ta'ee.