ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 8 Ogos 2023.
1. Perdana Menteri Palestin, ahli kongres AS bincang mengenai pemulihan proses politik
Perdana Menteri Palestin Mohammad Shtayyeh pada Isnin mengadakan perbincangan dengan anggota Kongres Amerika Syarikat mengenai cara memulihkan proses politik, peranan Washington dalam memelihara penyelesaian dua negara dan mengiktiraf negara Palestin.
2. 3,000 tentera AS tiba di Asia Barat di tengah ketegangan dengan Iran
Kehadiran itu susulan arahan Jabatan Pertahanan (DoD) yang mengerahkan aset tentera tambahan ke Selat Hormuz.
3. Bulan Julai paling panas dalam rekod - Balai cerap iklim EU
Susulan situasi gelombang haba dan kebakaran di seluruh dunia, suhu bulan Julai pada 0.33 darjah Celsius lebih tinggi berbanding Julai 2019
4. Ribut tropika: 20,000 penduduk di barat daya Jepun dinasihat berpindah
Kira-kira 20,000 penduduk di wilayah Kagoshima dan di wilayah Miyazaki di barat daya Jepun dinasihatkan supaya berpindah susulan ribut tropika dijangka membadai wilayah itu.
5. ASEAN perlu tumpu usaha pastikan rantau terus stabil dan makmur - Zambry
ASEAN memilih untuk meningkatkan usaha bagi memastikan rantau ini terus aman, stabil dan Makmur, serta mempromosi pertumbuhan yang inklusif, berdaya tahan dan mampan.
6. Cuaca panas terik dijangka berterusan di Jepun
Agensi cuaca Jepun berkata cuaca panas terik dijangka berlaku di wilayah Jepun yang lebih luas pada Selasa, mendorong peningkatan suhu melebihi 35 darjah Celsius.
7. Memastikan rakyat hidup aman antara matlamat ASEAN - Menteri Luar Indonesia
Menteri Luar Indonesia Retno Marsudi berkata satu daripada matlamat ASEAN adalah untuk memastikan penduduk di rantau ini hidup aman.
8. Filipina enggan alih kapal perang dari kawasan dipertikai
Filipina pada Isnin menolak gesaan China untuk mengalihkan kapal perangnya dari terumbu di Kepulauan Spratly yang dipertikaikan berikutan insiden tembakan meriam air oleh kapal China.
9. Rumah Putih enggan ulas mengenai laporan Ukraine gagalkan plot cubaan bunuh Zelensky
Setiausaha Akhbar Rumah Putih Karine Jean-Pierre enggan mengulas mengenai laporan mengenai Ukraine menggagalkan cubaan bunuh Presiden Volodymyr Zelensky.
10. Australia selamatkan 13 kanak-kanak daripada rangkaian penderaan kanak-kanak
Sembilan belas lelaki didakwa manakala 13 kanak-kanak Australia diselamatkan daripada bahaya susulan siasatan ke atas rangkaian penderaan kanak-kanak dalam talian yang canggih.
Astro Awani
Tue Aug 08 2023
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Dolar AS kekal stabil walaupun terdapat laporan mengenai jangkaan inflasi yang lebih tinggi menjelang pengumuman data penting AS.
Rungutan beras berkurang berbading peringkat awal - Mat Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata rungutan beras berkurangan sedikit berbading peringkat awal. #AWANInews
Piala Belia: FAM pandang serius insiden gaduh aksi Melaka, Sri Pahang
FAM sudah terima laporan lengkap kejadian yang disifatkan sebagai tidak beradab itu dan akan menentukan bentuk hukuman sewajarnya.
Kadar SSL daging ternakan ruminan di Malaysia bawah 20 peratus - Mat Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata kadar tahap sara diri (SSL) daging ternakan ruminan di Malaysia bawah 20 peratus. #AWANInews
30 hari bicara kes pegawai kanan polis bunuh pelajar
Hakim Datuk Bhupindar Singh Gucharan Singh Preet, menetapkan tarikh perbicaraan itu bermula 4 November 2024 hingga 17 Januari 2025.
[KOLUMNIS] Apakah Kedah negeri berdaulat?
Pada kurun ke-18, Kedah memiliki kedaulatan ke atas wilayah yang dikuasainya dan penduduk Kedah sendiri mengakui Sultan sebagai pemerintah.
Pecut kereta, polis pengiring KM Melaka selamat daripada dihempap pokok
Kenderaan yang dipandu Koperal Mohd Hafifi Kadrai bersama rakan setugasnya, Koperal Wira Putra Johari berada di depan tiga kenderaan rombongan termasuk yang dinaiki Ab. Rauf.
Daiyan Trisha tunjuk bukti beri sumbangan tabung Palestin cecah RM100,000
Daiyan Trisha minta maaf andai caranya membuktikan sokongan terhadap Palestin tidak tepat.
Gerakan protes pelajar terbesar abad ke-21
Dari AS hingga ke benua lain, matlamat utama demonstrasi itu adalah serupa sebagai tanda solidariti dengan Palestin.
Rakan penghantaran bagasi yang dipercayai jemaah
Sejak tahun 1998, Pos Laju telah dilantik oleh Lembaga Tabung Haji sebagai penyedia perkhidmatan pengurusan barangan peribadi jemaah Haji, untuk memastikan penghantaran yang lancar dan selamat bagi barang-barang berharga ke Malaysia dan negara-negara ASEAN terpilih.
Laporan Amerika dedahkan Israel salah guna bantuan senjata
Pentadbiran Joe Biden mendapati Israel menggunakan bantuan senjata dari AS tanpa mengikut lunas undang-undang antarabangsa.
Reuters nafi keluar artikel Malaysia bakal disenarai hitam Amerika Syarikat
Reuters nafi mengeluarkan artikel yang mendakwa Malaysia bakal menjadi negara pertama di Asia Tenggara untuk disenarai hitam oleh Amerika Syarikat.
Malaysia disasar sebagai 'rakan' dalam rangkaian bekalan mineral kritikal - Howard
Malaysia disasarkan sebagai 'rakan' dalam rangkaian bekalan mineral kritikal oleh Amerika Syarikat (AS) dan negara kumpulan G7, kata Ahli Parlimen Ipoh Timor Howard Lee.
Kes jenayah Goldman Sachs berhubung 1MDB tamat secara rasmi
Goldman Sachs telah memenuhi kewajipannya dan membayar penalti sebanyak AS$2.9 bilion.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS selepas alami kenaikan awal
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7380/7405 berbanding dolar AS daripada 4.7370/7400 ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas.
Sambungan bluetooth dari bumi ke satelit berjaya dilakukan
Hubble Network, sebuah syarikat pemula dari Amerika Syarikat berjaya melakukan sambungan bluetooth dari bumi ke satelit di angkasa lepas.
Ketegangan tercetus antara pelajar pro-Palestin, MP Republikan di universiti AS
Ketegangan tercetus di kampus Universiti George Washington di sini pada Rabu antara pelajar pro-Palestin dan beberapa ahli Parlimen (MP) Republikan.
Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit ditutup pada 4.7700/7750 berbanding dolar AS 4.7650/7700 ketika ditutup pada Isnin.
CapCut juga mungkin akan diharamkan di Amerika Syarikat
Menurut laporan The Washington Post, Amerika Syarikat turut akan memerlukan CapCut dijual untuk terus beroperasi di negara mereka.
Amerika Syarikat mungkin haramkan firma dron China, DJI
Amerika Syarikat kini turut sedang pertimbangkan DJI sebagai ancaman sekuriti, dan mungkin melakukan perundangan untuk mengharamkan DJI.