awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
17/08/2023
15:57 MYT
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 17 Ogos 2023.
1. Putri Ariani tampil persembahan memukau sempena Hari Kemerdekaan Indonesia
Penyanyi kelahiran Indonesia, Putri Ariani tampil membuat persembahan sempena sambutan Hari Kemerdekaan Indonesia (HUT) ke 78 di Istana Merdeka, Jakarta Pusat pada Khamis.
2. Angka kematian kebakaran di Hawaii meningkat kepada 110
Kebakaran hutan yang memusnahkan bandar bersejarah Lahaina di Maui itu mencatat angka kematian tertinggi dalam tempoh lebih seabad dalam sejarah moden AS.
3. Saintis seru rakyat UK pakai pelitup muka ekoran varian baharu "Eris"
Saintis menggesa orang ramai di United Kingdom kembali memakai pelitup muka di tengah-tengah kebimbangan "mutasi" subvarian Omicron, "Eris" yang kini menyumbang satu daripada 10 kes di negara itu.
4. Switzerland mansuh sijil vaksinasi COVID-19
Switzerland tidak lagi mengeluarkan dan mengesahkan sijil vaksinasi COVID-19 mulai 1 Sept di bawah sistem yang dilaksanakan Kesatuan Eropah (EU) pada Jun 2021.
5. Rampasan aset S$1 bilion: Singapura kukuhkan pertahanan risiko pengubahan wang haram
Sebagai hab kewangan global, Singapura kekal terdedah kepada risiko pengubahan wang haram/pembiayaan keganasan (ML/TF) transnasional.
6. Jerman sifatkan pembakaran al-Quran adalah 'menghina, tidak wajar'
Serangan terhadap kitab suci umat Islam dilihat "berusaha untuk mewujudkan perpecahan," kata timbalan jurucakap kerajaan Jerman Christiane Hoffmann pada Rabu.
7. Lebih 100 orang ditahan dalam serangan ke atas gereja di Pakistan
Lebih 6,000 pasukan keselamatan dikerahkan ke kawasan berkenaan untuk memastikan ketenteraman awam.
8. Tokyo keluar amaran strok haba tahap tertinggi
Jepun pada Khamis mengeluarkan amaran strok haba tahap tertinggi di kawasan metropolitan Tokyo ketika musim panas terus melanda kebanyakan kawasan, menurut Kementerian Alam Sekitar.
9. Texas akan kenakan caj ke atas kenderaan elektrik
Mulai September, pemandu EV di Texas perlu bayar caj tambahan AS$200 setiap tahun untuk mendaftar kenderaan mereka.
10. Hujan lebat: Angka kematian di Himachal Pradesh meningkat kepada 71
Angka kematian akibat hujan sejak tiga hari lalu di negeri utara Himachal Pradesh, India meningkat kepada 71, menurut seorang pegawai kanan pengurusan bencana pada Rabu.
Topic Berkaitan
#strok haba
#COVID-19
#Kesatuan Eropah
#pelitup muka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan