ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 26 Oktober 2023.


1. Pesawat tentera Maghribi bawa bantuan Palestin tiba di Lapangan Terbang El Arish

Inisiatif kemanusiaan itu selaras dengan titah Raja Mohammed VI dalam usaha menyampaikan bantuan penting kepada rakyat Palestin.



2. Presiden Xi adakan pertemuan dengan Gabenor California

China dan AS selaku dua entiti ekonomi terbesar, menyumbang lebih sepertiga daripada ekonomi global serta hampir seperempat populasi dunia.


3. Keluarga Ketua Biro Al Jazeera antara korban serangan Israel di Gaza

Serangan udara Israel di tengah Gaza pada Selasa turut meragut nyawa anggota keluarga terdekat ketua biro Al Jazeera di Gaza.


4. Israel tetap berdegil rancang lancar serangan darat

Netanyahu berkata pada sidang akhbar bahawa detik serangan akan ditentukan oleh Kabinet, tanpa memberikan butiran lanjut.


5. Putin sifatkan keadaan di Gaza sebagai 'malapetaka kemanusiaan'

Presiden Rusia Vladimir Putin menyifatkan situasi di Semenanjung Gaza sebagai 'malapetaka kemanusiaan'. 


6. Robert Fico dilantik Perdana Menteri Slovakia buat kali keempat

Robert Fico dilantik sebagai Perdana Menteri Slovakia buat kali keempat, susulan kemenangan parti Smer pimpinannya dalam pilihan raya umum pada September lepas.


7. 114 juta penduduk dunia hilang tempat tinggal - PBB

Antara faktor utama pemindahan secara paksa itu, termasuk keganasan, kemarau, banjir dan keadaan yang tidak aman.


8. Tembakan rambang di Maine paling buruk tahun ini di AS

Sekurang-kurangnya 22 orang maut manakala 60 lagi cedera dalam kejadian tembakan rambang di dua lokasi di bandar itu, menurut laporan media pada Rabu.


9. Mike Johnson dipilih sebagai Speaker Dewan Perwakilan AS

Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS), akhirnya mempunyai Speaker baharu selepas jawatan itu kosong selama tiga minggu.


10. Taufan Otis melanda selatan Mexico

Pusat peranginan popular Acapulco dan bandar yang berdekatan mengalami kerosakan teruk akibat hujan lebat dan angin kencang.