awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Diplomasi Orde Baharu Antarabangsa perlukan komunikasi berkesan
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh hampir 16 bulan
Ringgit terus mengukuh cecah paras 4.04, tertinggi hampir lima tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
27/10/2023
15:51 MYT
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 27 Oktober 2023.
1. Pilihan raya umum Pakistan diadakan Januari tahun depan - ECP
Suruhanjaya Pilihan Raya Pakistan (ECP) mengumumkan bahawa pilihan raya umum negara itu akan diadakan pada Januari 2024.
2. Indonesia tingkatkan amaran terhadap ancaman penyakit cacar monyet
Indonesia meningkatkan amaran terhadap ancaman penyakit cacar monyet ekoran kes yang disahkan meningkat kepada 14 orang.
3. Apa pun keputusan UNSC, serangan di Palestin harus dihentikan - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak peduli dengan keputusan Persidangan UNSC yang gagal mencapai kata putus berhubung perang Israel-Palestin.
4. Eropah: Lebih 300 kes Salmonella dipercayai daripada daging ayam
Setakat ini, terdapat 335 kes disahkan di 15 negara Eropah, serta Amerika Syarikat antara Januari dan 24 Oktober, menurut ECDC.
5. Indonesia gesa UNGA siasat serangan Israel ke atas Gaza
Indonesia menggesa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) menubuhkan sebuah suruhanjaya bebas bagi menyiasat serangan Israel ke atas Gaza.
6. Perang Palestin-Israel: China terus hulur bantuan kemanusiaan untuk Gaza
China dukacita menyaksikan kehilangan nyawa dan kecederaan melibatkan orang awam serta situasi kemanusiaan yang semakin parah berikutan konflik itu.
7. Isu Palestin: Jangan khuatir tekanan Barat, Malaysia ada nilai tersendiri – Ahmad Zahid
Kerajaan Malaysia terus komited menyokong perjuangan rakyat Palestin dan tidak tunduk dengan tekanan daripada kuasa asing dalam isu itu.
8. Beijing hasrat 'kurangkan selisih faham' dengan Washington - Menteri Luar China
Menteri Luar China Wang Yi berkata Beijing berhasrat "mengurangkan perselisihan faham dan tanggapan salah" dengan Washington.
9. 9 negara Arab gesa Majlis Keselamatan PBB kuat kuasa gencatan senjata di Gaza
Sembilan negara Arab menuntut Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu segera menguatkuasakan gencatan senjata di Semenanjung Gaza.
10. Mantan PM China Li Keqiang meninggal dunia
Mendiang sedang bercuti di Shanghai bersama keluarga ketika mengalami serangan jantung pada Khamis.
Topic Berkaitan
#UNSC
#Amerika Syarikat
#Anwar Ibrahim
#cacar monyet
#gencatan senjata
#Gaza
#PBB
#Palestin
#Li Keqiang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan