ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 2 November 2023.


1. Guru sekolah mogok, sekolah tutup di Portland AS

Para guru di sekolah-sekolah awam Portland melancarkan mogok pada Rabu menyebabkan kesemua 81 sekolah di bandar terbesar di negeri Oregon, Amerika Syarikat (AS) itu ditutup.



2. Insiden pengeboman di Gaza, Angelina Jolie bersuara kutuk Israel

Angelina Jolie mengecam tindakan Israel yang menyerang kem pelarian Jabalia di Gaza dua hari lalu, hingga mengorbankan ratusan penduduk Palestin.


3. Perang Palestin-Israel: UAE sedia rawat 1,000 kanak-kanak Palestin

Presiden Emiriah Arab Bersatu Sheikh Mohamed bin Zayed Al-Nahyan pada Rabu berkata bahawa negaranya bersedia merawat kira-kira 1,000 kanak-kanak Palestin yang cedera di hospitalnya.


4. Hospital Indonesia di Gaza bakal jadi pusat pengumpulan mayat terbesar

Jumlah pesakit melebihi 50 kali kapasiti hospital tersebut, dan diburukkan lagi dengan keputusan bekalan ubatan dan minyak.


5. Wanita ditahan susulan kematian 3 individu disyaki makan cendawan beracun

Polis Australia menahan seorang wanita berhubung kematian tiga warga emas Ogos lalu yang mengalami keracunan makanan selepas disyaki memakan cendawan beracun.


6. WHO minta akses penuh bantuan perubatan, bahan api ke Gaza

Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Rabu menyeru supaya Semenanjung Gaza diberikan akses penuh kepada bantuan perubatan dan bahan api.


7. Lebih 9,000 terkorban di Gaza, 3,760 daripadanya kanak-kanak

Seramai 2,326 lagi mangsa sepanjang 25 hari serangan sejak 7 Oktober ialah golongan wanita.


8. Menteri Pertahanan Arab Saudi adakan pertemuan dengan Setiausaha Negara AS

Khalid bin Salman dan Antony Blinken "meninjau semula hubungan rapat dan strategik kedua-dua negara."


9. Bekas menteri Israel gesa hapus Gaza dari muka bumi

Kenyataan biadab Galit Distel Atbaryan itu dimuat naik ke Facebook sambil menunjukkan rakaman serangan pejuang Hamas pada 7 Oktober lalu.


10. Hampir 200 terkorban, lebih 100 lagi masih hilang serangan di kem Jabaliya

Angka ini termasuk 195 mangsa yang disahkan maut, 120 yang masih hilang dan sekurang-kurangnya 777 yang lain cedera.