Skip to main content

Dunia

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

61702135893_TBBERITAx.jpg
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 3 Januari 2024.

1. Angka kematian gempa bumi Semenanjung Noto di Jepun meningkat kepada 62

Angka kematian di wilayah Ishikawa meningkat kepada 62 orang setakat 8 pagi waktu tempatan Rabu selepas beberapa siri gempa bumi kuat pada Isnin dengan gegaran susulan mengakibatkan lebih banyak kerosakan.

2. Pesawat JAL516 didakwa dapat kebenaran mendarat daripada pengawal trafik udara

Pesawat Japan Airlines yang terbakar di landasan Lapangan Terbang Haneda di Tokyo, Jepun dilapor mendapat kebenaran untuk mendarat daripada pengawal trafik udara.

3. Nahas JAL516: Kotak hitam pesawat Pengawal Pantai Jepun ditemukan

Kotak hitam pesawat Pengawal Pantai Jepun yang terlibat dalam nahas dengan pesawat Japan Airlines JAL516 di Lapangan Terbang Haneda Tokyo pada Selasa berjaya ditemukan, lapor portal NHK World-Japan.

4. 200 rakyat Palestin maut dalam 24 jam, angka korban cecah 22,000

Israel mendakwa membunuh berpuluh-puluh pejuang Hamas di utara Gaza manakala pesawat dan kereta kebalnya meningkatkan serangan di selatan wilayah Palestin.

5. Pemimpin kanan Hamas, Saleh al-Arouri gugur syahid

Timbalan ketua kumpulan pejuang Hamas, Saleh al-Arouri dilaporkan syahid dalam serangan dron rejim Zionis di Beirut, Lubnan pada Selasa.

6. Mongolia naikkan gaji minimum 20 peratus tahun ini

Mongolia menaikkan gaji minimum bulanan sebanyak 20 peratus kepada 660,000 tugrik Mongolia (US$193) mulai tahun ini, lapor Xinhua merujuk laporan media tempatan pada Rabu yang memetik Kementerian Buruh dan Perlindungan Sosial negara itu.

7. Australia siasat dokumen perang Iraq yang hilang

Perdana Menteri Australia telah memulakan siasatan terhadap dokumen yang hilang berkaitan dengan keputusan kerajaan terdahulu untuk menyertai Perang Iraq.

8. Korea Selatan catat suhu tertinggi pada 2023

Korea Selatan mengalami tahun paling panas dalam sejarahnya pada 2023, memecahkan rekod dicatatkan sebelum ini yang disebabkan oleh kesan pemanasan global yang meningkatkan suhu purata kepada 13.7 darjah Celcius (C) sepanjang tahun.

9. Taiwan kesan belon China menjelang pilihan raya

Kementerian Pertahanan Taiwan pada Rabu berkata empat belon China dikesan melintasi garisan median Selat Taiwan pada Selasa, lapor agensi berita Jerman (dpa).

10. Disney 'hilang' hak cipta Mickey Mouse

Versi awal watak animasi Disney, Mickey Mouse kini menjadi domain awam mulai 1 Januari 2024 apabila hak ciptanya tamat mengikut undang-undang Amerika Syarikat (AS).

Must Watch Video