ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 20 Mac 2024.

1. Kate Middleton ada 'klon'?

Kate Middleton terus menjadi topik perdebatan pentaksub teori konspirasi, gara-gara gambar terbaharu beliau bersama suaminya, Putera William.

2. Menteri Luar India akan lawat Singapura, Filipina dan Malaysia

Menteri Luar India, Dr S. Jaishankar akan melakukan lawatan rasmi ke Singapura, Filipina dan Malaysia dari 23 hingga 27 Mac ini.

3. Rasuah: Bekas Menteri Pengangkutan Singapura kembali ke tanah air

Bekas Menteri Pengangkutan Singapura, S Iswaran sudah kembali semula ke tanah air dan turut menyerahkan pasport miliknya.

4. Bank Dunia gesa tindakan segera selamatkan nyawa penduduk Gaza di ambang kebuluran

Kebuluran kini diunjurkan dan akan berlaku di utara Gaza dan wilayah-wilayah lain serta dijangka berlaku dari pertengahan Mac 2024 hingga Mei 2024.

5. WMO keluar amaran merah mengenai petunjuk perubahan iklim

Ketua iklim PBB mengeluarkan amaran peringkat merah apabila data baru menunjukkan bahawa rekod bagi setiap petunjuk iklim telah dipecahkan.

6. Jepun sasar sokongan pembayaran berasaskan kod QR bersama negara Asia Tenggara

Pada hari ini, pengguna tempatan sudah boleh menggunakan DuitNow QR di beberapa negara jiran, sekaligus memudahkan lagi pembayaran ketika melancong di negara tersebut.

7. Pelanggan bank di Ethiopia boleh keluar duit tanpa had akibat kesilapan perisian

Kesilapan pada perisian Commercial Bank of Ethiopia membolehkan pelanggan mengeluarkan wang tanpa had selama beberapa jam sebelum disedari.

8. New Zealand haramkan vape pakai buang

Di bawah peraturan baharu, denda bagi peniaga yang menjual rokok elektronik kepada mereka di bawah umur 18 tahun juga akan meningkat.

9. Sepanyol mula guna anjing robot bantu pihak polis

Pihak berkuasa di Malaga membawa anjing robot untuk melakukan ujian rondaan di pusat bandar raya Sepanyol itu.

10. Pesuruhjaya Tinggi Malaysia lakukan kunjungan hormat kepada Menteri Luar Maldives

Perbincangan itu berlangsung semasa Badli Hisham melakukan kunjungan hormat kepada Moosa di Male.